Al-Musytarak Al-Lafziy Menurit Perspektif Ilmuawan Linguistik Arab

Noor Anida, Awang and Tasnim, Abdul Rahman (2013) Al-Musytarak Al-Lafziy Menurit Perspektif Ilmuawan Linguistik Arab. JOURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 7 (3). pp. 25-35. ISSN 1985-7667

Full text not available from this repository.

Abstract

Al-musytarak al-lafziy merujuk kepada perkataan yang mempunyai ejaan dan sebutan yang sama serta menunjukkan lebih daripada satu makna. Al-musytarak al-lafziy amat penting dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan berlakunya salah tafsir maksud yang ingin disampaikan kepada pendengar. Objektif utama artikel ini untuk menjelaskan konsep al-musytarak al-lafziy menurut pandangan ahli linguistik Arab serta contoh-contoh yang relevan dengannya. Bagi memudahkan lagi memahami makna yang dikehendaki, qarinah atau petunjuk digunakan oleh penutur agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada pendengar. Kepelbagaian makna yang terkandung dalam al-musytarak al-lafziy sebenarnya menjadi titik tolak kepada perselisihan para ilmuwan dalam menentukan makna yang dikehendaki dalam konteks yang tertentu. Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan dengan menganalisis dokumen dalam kitab-kitab lughah, fiqh dan kamus-kamus Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna yang terkandung dalam al-musytarak al-lafziy sama ada pada kata nama, kata kerja dan partikel dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tertentu. Selain itu, al-musytarak al-lafziy turut mendatangkan kebaikan dan keburukan sama ada kepada penutur mahupun orang yang mendengar. Kesimpulannya al-musytarak al-lafziy bukan sahaja perlu dititikberatkan dalam linguistik Arab semata-mata, malah perlu digabungkan dengan disiplin ilmu yang lain terutamanya yang berkaitan dengan hukum hakam sejajar dengan kehendak ajaran Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: al-musytarak al-lafziy; qarinah; linguistik Arab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 04:25
Last Modified: 13 Sep 2022 04:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4743

Actions (login required)

View Item View Item