Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Kuala Besut, Terengganu (1953-1963)

Ruhaizan, Sulaiman @ Abd. Rahim and Engku Ahmad Zaki, Engku Alwi and Norizan, Abdul Ghani (2013) Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Kuala Besut, Terengganu (1953-1963). JURNAL ISLAM dan Masyarakat Kontemporari, 6 (1). pp. 65-78. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-16-06791.pdf
Restricted to Registered users only

Download (172kB)

Abstract

Kajian ini meneliti masalah perceraian dalam kalangan masyarakat Melayu di Kuala Besut, Terengganu di antara tahun 1953 hingga 1963. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik kajian dokumen dan temu bual. Sumber dokumen diperolehi daripada fail-fail Pejabat Kadi Daerah Besut yang ada dalam simpanan Jabatan Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu-Pahang. Objektif utama kajian adalah untuk membuat satu analisis perbandingan bagi mengetahui jumlah dan bentuk-bentuk perceraian yang berlaku di kawasan kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan kadar perceraian yang berlaku sebelum merdeka adalah lebih tinggi berbanding selepas merdeka. Begitu juga bagi kes pasangan yang mengambil keputusan bersama untuk rujuk kembali. Kebanyakan perceraian yang berlaku dalam tempoh tersebut disebabkan isteri ditinggalkan suami tanpa nafkah selama tempoh yang ditetapkan dalam Islam. Ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu sebelum merdeka suka berpisah dengan cara cerai taklik. Selepas merdeka, didapati kadar perceraian secara taklik semakin berkurangan sehingga tahun 1963. Dapatan kajian juga menunjukkan, dalam tempoh 1953 hingga 1963 (sepuluh tahun), 80 peratus perceraian adalah melalui talak satu iaitu melalui cerai taklik, 11 peratus adalah talak dua dan sembilan peratus ialah talak tiga. Perceraian melalui talak satu adalah yang paling lazim digunakan dalam membubarkan perkahwinan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: perceraian; masyarakat Melayu; Kuala Besut; cerai taklik; rujuk.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:24
Last Modified: 13 Sep 2022 05:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4680

Actions (login required)

View Item View Item