Gelagat perbelanjaan perkahwinan masyarakat melayu menurut perspektif syarak

Syh Noorul Madihah, Syed Husin and Raihanah, Azahari and Asmak, Ab Rahman (2015) Gelagat perbelanjaan perkahwinan masyarakat melayu menurut perspektif syarak. In: Minggu Terbuka Akademik (MiTA 2015), 20 - 22 April 2015, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

[img] Text
FH03-FKI-17-09456.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Perbelanjaan bagi persediaan dan persiapan perkahwinan semakin menjadi bebanan kepada masyarakat Melayu yang ingin berkahwin sejak kebelakangan ini. Pelbagai elemen perbelanjaan perlu dibelanjakan oleh setiap pasangan bermula dari awal perancangan perkahwinan hinggalah fasa selepas selesai majlis perkahwinan. Implikasinya, pasangan terpaksa menyediakan sejumlah wang sebelum mendirikan rumah tangga, dan ada yang terpaksa berhutang semata-mata bagi menguruskan perbelanjaan perkahwinan. Tidak kurang juga mereka yang terpaksa menangguhkan perkahwinan yang dirancang kerana faktor kewangan yang masih belum boleh menampung kos anggaran perbelanjaan perkahwinan. Situasi seperti ini merupakan satu perkara yang tidak selari dengan kehendak Islam yang menganjurkan agar mempermudahkan urusan perkahwinan dan menggalakkan perkahwinan di usia muda. Kajian ini berbentuk eksploratori bagi menilai gelagat perbelanjaan perkahwinan masyarakat Melayu dari perspektif syarak. Ia bertujuan untuk mengenalpasti apakah bentuk elemen perbelanjaan perkahwinan yang dianjurkan dalam Islam dan elemenelemen perbelanjaan bagi adat perkahwinan masyarakat Melayu. Ia juga bagi mengetengahkan konsep perbelanjaan perkahwinan yang pernah dianjurkan dalam Islam. Sebagai sebuah kajian kualitatif, pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen dan pemerhatian turut serta. Hasil kajian mendapati terdapat tiga bentuk elemen perbelanjaan perkahwinan dalam Islam iaitu elemen wajib, sunat dan sampingan. Manakala bagi elemen perbelanjaan dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu pula, ia terbahagi kepada tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan. Kajian juga mendapati terdapat enam konsep perbelanjaan perkahwinan yang telah diketengahkan dalam Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 07:04
Last Modified: 24 Nov 2020 08:07
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/465

Actions (login required)

View Item View Item