Kesan Retrospektif Undang-Undang Jenayah Menurut Perundangan Islam Dan Perlembagaan Persekutuan: Satu Analisis Perbandingan

Mohd Lotpi, Mohd Yusob and Aminuddin, Mustaffa and Mohd Badrol, Awang (2014) Kesan Retrospektif Undang-Undang Jenayah Menurut Perundangan Islam Dan Perlembagaan Persekutuan: Satu Analisis Perbandingan. Kanun, 26 (1). pp. 54-69. ISSN 0128-2670

[img] Text
FH02-FLAIR-14-02072.pdf
Restricted to Registered users only

Download (450kB)

Abstract

Makalah ini menganalisis pemakaian retrospektif undang-undang jenayah secara perbandingan antara perundangan Islam dengan Perlembagaan Persekutuan. Perundangan Islam meletakkan dua prinsip pengecualian kepada pemakaian retrospektif undang-undang jenayah. Pertama, sekiranya sesuatu perlakuan jenayah berbahaya dan berupaya menggugat keamanan awam dan kestabilan negara. Kedua, sekiranya undang-undang tersebut menyebelahi pelaku jenayah dan ini termasuklah undang-undang yang memperuntukkan hukuman yang lebih ringan atau tidak lagi menganggap perlakuan jenayah itu sebagai suatu jenayah. Sekiranya undang-undang baharu tidak menyebelahi pelaku jenayah seperti memperuntukkan hukuman yang lebih berat, maka hukuman baharu tersebut tidak boleh dikuatkuasakan secara retrospektif. Secara perbandingannya Perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan dengan jelas dua keadaan undang-undang jenayah tidak boleh dikuatkuasakan ke belakang, yang merangkumi undang-undang yang memperuntukkan kesalahan baharu dan hukuman yang lebih berat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kesan retrospektif, perlembagaan persekutuan, kes jenayah, analisis perbandingan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
K Law > K Law (General)
K Law > KZ Law of Nations
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Rafidah Saaid
Date Deposited: 16 Jan 2022 04:03
Last Modified: 16 Jan 2022 04:03
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4614

Actions (login required)

View Item View Item