Siti Fatimah, Salleh and Syh Noorul Madihah, Syed Husin (2014) Analisis Amalan Pemberian Nafkah Warga Kelainan Upaya: Kajian Di Taman Rahmat. Journal of Business and Social Development, 2 (1). pp. 94-103. ISSN 2289-2915
Text
FH02-FKI-14-02066.pdf Restricted to Registered users only Download (965kB) |
Abstract
Nafkah daripada anak kepada kedua ibu bapa merupakan hak yang wajib dilaksanakan sama ada dalam bentuk pemberian mata wang atau pemberian terus dalam bentuk material. Bagi anak yang mempunyai ibu bapa kelainan upaya, situasi ini merupakan satu cabaran yang memerlukan tahap ketahanan spiritual yang tinggi dalam aspek pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. Objektif artikel ini adalah untuk mengemukakan amalan pemberian nafkah oleh anak kepada ibu bapa yang cacat penglihatan di Taman Rahmat. Kaedah pengumpulan data ialah dengan menganalisis data yang diperoleh daripada kajian kualitatif iaitu hasil temu bual secara semi struktur serta melalui pemerhatian dalam kalangan keluarga responden. Hasil kajian mendapati amalan pemberian nafkah dalam kalangan anak-anak warga orang kelainan upaya (OKU) di Taman Rahmat sewajarnya mampu meningkatkan taraf ekonomi ibu bapa mereka kerana hampir keseluruhan anak-anak mereka dianugerahkan pancaindera yang sempurna.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Nafkah, ibu bapa, cacat penglihatan |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Rafidah Saaid |
Date Deposited: | 16 Jan 2022 02:45 |
Last Modified: | 16 Jan 2022 02:45 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4590 |
Actions (login required)
View Item |