Mohd Shahrizal, Nasir and Rahmah, Ahmad H. Osman (2013) Unsur-unsur Retorik dalam Puisi Melayu Al-Amin Karya A. Samad Said. Jurnal Usuluddin. pp. 117-150. ISSN 1394-3723
Text
FH02-FBK-14-00780.pdf Restricted to Registered users only Download (489kB) |
Abstract
Makalah menganalisis sebuah karya sastera Islam iaitu puisi Al-Amin oleh A. Samad Said yang memaparkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Ia turut membuat penelitian terhadap kemunculan serta kebangkitan perbincangan berkaitan sastera Islam di Malaysia, dengan tujuan untuk memperlihatkan konsep pemikiran yang mendasari perbincangan sastera Islam dengan menjadikan Al-Amin sebagai contoh. Makalah ini mengaplikasikan beberapa teori retorik dalam bahasa Melayu dan Arab untuk menganalisis kualiti kesusasteraan yang ada dalam Al-Amin. Lebih terperinci lagi, beberapa contoh bait dalam Al�Amin ditonjolkan untuk menzahirkan kehadiran prinsip estetik berkenaan. Akhirnya, makalah ini mendapati Al-Amin mempunyai banyak nilai estetik seperti anafora, asonansi, aliterasi, unsur prosa dalam puisi, unsur khayalan, penggunaan kata sendi “yang”, dan penyenaraian nama-nama insan, tashbīh, uslūb al-istifhām, waṣf al-ṭabī‘ah, tikrār dan iqtibās. Secara langsung, ini menunjukkan bahawa Al-Amin adalah sebuah karya sastera Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | retorik, puisi Melayu, sastera Islam, Al-Amin, sirah Rasulullah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Syahmi Manaf |
Date Deposited: | 13 Sep 2022 05:42 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 05:42 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4474 |
Actions (login required)
View Item |