Analisis pengaruh unsur fiqh tempatan dalam kitab al-sirat al-mustaqim karya Syaikh Nur Al Din al Raniri

Jamalluddin, Hashim and Hasanulddin, Mohd and Abdul Karim, Ali (2014) Analisis pengaruh unsur fiqh tempatan dalam kitab al-sirat al-mustaqim karya Syaikh Nur Al Din al Raniri. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7 (1). pp. 1-24. ISSN 1675-6460

[img] Text
FH02-FKI-14-00374.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Makalah ini bertujuan meneliti pengaruh unsur fiqh tempatan yang terdapat dalam penulisan manuskrip kitab al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah) karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri. Al-Sirat al-Mustaqim merupakan kitab fiqh berbahasa Melayu yang pertama sekali dikarang di Nusantara. Seorang orientalis Barat pernah mendakwa bahawa karya ulama Melayu lebih berbentuk terjemahan ke dalam bahasa Melayu daripada kitab fiqh klasik yang ternama pada masa itu. Maka, matlamat kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah kebenaran dakwaan tersebut dengan menjadikan kitab al-Sirat al-Mustaqim sebagai teks kajian. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan tumpuan terhadap data berasaskan manuskrip al-Sirat al-Mustaqim. Data diproses secara kualitatif mengikut tema khusus berdasarkan ilmu sejarah dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan wujudnya beberapa isu fiqh tempatan yang yang dinyatakan oleh Shaykh Nur al-Din al-Raniri dalam kitab al-Sirat al-Mustaqim. Penemuan ini membuktikan dan menunjukkan kepekaan beliau sebagai ulama terhadap suasana kehidupan masyarakat Melayu yang melibatkan hukum-hakam syarak. Hal ini secara tidak langsung menolak dakwaan orientalis tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: isu fiqh tempatan, al-Sirat al-Mustaqim, Shaykh Nur al Raniri, kitab fiqh klasik, terjemahan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Rafidah Saaid
Date Deposited: 03 Jan 2022 04:25
Last Modified: 03 Jan 2022 04:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4309

Actions (login required)

View Item View Item