Penyusuan Susu Ibu Dan Hubungan Sosial Dalam Al Quran: Satu Analisis

Normadiah, Daud and Mohd A' Tarahim, Mohd Razali and Mohd Faiz Hakimi, Mat Idris and Nadhirah, Nordin and Fatimah Zaharah, Ismail and Mariam Nabilah, Mohd Noor and Nik Nor Azeah, Nik Azman and Tasnim, Abdul Rahman (2015) Penyusuan Susu Ibu Dan Hubungan Sosial Dalam Al Quran: Satu Analisis. In: INTERNATIONAL SEMINAR ON AL QURAN IN CONTEMPORARY SOCIETY, 10 - 11 October 2015, UNISZA.

[img] Text
FH03-FKI-18-13135.pdf
Restricted to Registered users only

Download (357kB)

Abstract

Susu ibu sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia merupakan makanan seimbang yang terbaik untuk seseorang bayi. Kelebihannya bukan sahaja dari sudut sains pemakanan bahkan ianya juga mampu melahirkan ikatan sosial yang lebih baik antara seseorang ibu dan anak serta mewujudkan ikatan persaudaraan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain.Berdasarkan kepada kenyataan ini, kajian ini dibuat untuk menganalisis beberapa keratan ayat al Quran yang menjelaskan tentang penyusuan susu ibu dan kaitannya dengan perhubungan sosial. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kualitatif dan data-data dikumpulkan melalui analisis daripada kitab-kitab Fiqh, Tafsir, Hadith dan Sirah. Hasil kajian menunjukkan terdapat banyak ayat yang mengiktiraf susu ibu sebagai agen yang mampu menjadikan manusia yang lebih baik dan perhubungan sosial yang lebih teratur. Ayat-ayat tersebut ialah dalam surah al Qasas ayat ke 7, 10, 12 dan 13; al Baqarah ayat 233; al Ahqaaf ayat 15 dan al Nisa’ ayat 23.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 03:40
Last Modified: 22 Oct 2020 03:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/426

Actions (login required)

View Item View Item