Pemaparan nilai murni berdasarkan kisah kehidupan Rasulullah untuk kanak-kanak dalam karya Al-Nadwi

Mohd Shahrizal, Nasir and Kamarul Shukri, Mat Teh (2021) Pemaparan nilai murni berdasarkan kisah kehidupan Rasulullah untuk kanak-kanak dalam karya Al-Nadwi. In: 3rd International Conference on Language Studies, 08-09 Sep 2021, Sarawak.

[img] Text
FH03-FBK-21-56117.pdf
Restricted to Registered users only

Download (196kB)
[img] Text
FH03-FBK-21-56796.pdf
Restricted to Registered users only

Download (339kB)

Abstract

Nilai murni merupakan elemen penting yang mesti diterapkan dalam bahan kandungan pendidikan untuk kanak-kanak. Meskipun dunia hari ini berdepan dengan kepesatan teknologi digital, nilai murni tidak boleh dipisahkan dalam proses pendidikan kerana ia memberi kesan terhadap pembentukan personaliti dan pemikiran insan. Justeru, bahan pendidikan untuk golongan kanak-kanak perlu menekankan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Usaha seorang tokoh pemikir Islam terkemuka iaitu Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi (1914-1999, seterusnya al-Nadwi) menghasilkan bahan bacaan untuk kanak-kanak berkisar tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. memperlihatkan pendiriannya yang menekankan keperluan golongan kanak-kanak didedahkan dengan kehidupan seorang suri teladan unggul. Dalam keadaan al-Nadwi ada menghasilkan karya berkaitan kehidupan Rasulullah s.a.w. untuk bacaan golongan dewasa, beliau telah mengkhususkan sebuah karya khusus seumpamanya untuk golongan kanak-kanak. Hal ini dengan sendirinya mengundang keperluan agar satu penelitian dilakukan menyentuh elemen nilai murni yang dipaparkan dalam karya al-Nadwi khsusus untuk kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis karya al-Nadwi berjudul Sirah Khatim al-Nabiyyin (Sejarah Kehidupan Penutup Sekalian Nabi) dengan menggunakan kaedah analisis teks. Hasil penelitian mendapati bahawa nilai murni diketengahkan dalam karya al-Nadwi yang dikaji menjurus kepada pembinaan hubungan yang baik melibatkan manusia dengan Allah s.w.t. dan hubungan manusia sesama manusia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Fatin Safura
Date Deposited: 30 Dec 2021 07:38
Last Modified: 30 Dec 2021 07:38
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4234

Actions (login required)

View Item View Item