Pembangunan Laman Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Rendah: EZ-Arabic 2.0

Mohd Firdaus, Yahaya and Mohd Fauzi, Abdul Hamid and Mohd Shahrizal, Nasir and Shaferul Hafes, Sha'ari and Azwa, Abdul Aziz and Wan Mohd Rizhan, Wan Idris and Muhammad Sabri, Sahrir (2015) Pembangunan Laman Pembelajaran Bahasa Arab Peringkat Rendah: EZ-Arabic 2.0. In: 1st World Islamic Social Science Congress (WISSC) 2015, UNISZA, Putrajaya International Convention Centre.

[img] Text
FH03-FBK-18-13141.pdf
Restricted to Registered users only

Download (217kB)

Abstract

Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan lagi suatu isu baharu dalam bidang pendidikan. Realiti hari ini, pengajaran berasaskan teknologi seperti komputer dan media teknologi maklumat sering digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan bahasa Arab turut tidak ketinggalan dalam hal ini menerusi beberapa usaha dan kajian yang dilakukan, selaras dengan kewujudan dan kemudahan teknologi semasa. Sejajar dengan situasi ini, laman EZ-Arabic 2.0 dibangunkan sebagai medium alternatif bagi pelajar untuk menguasai bahasa Arab. Laman ini dibangunkan dengan tujuan memanfaatkan lambakan bahan-bahan maya (virtual tools) berkaitan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat dalam internet dan dikumpulkan dalam laman EZ-Arabic 2.0. Kertas ini akan membincangkan pembangunan laman EZ-Arabic 2.0 yang memberi fokus kepada pembelajaran bahasa Arab peringkat sekolah rendah. Kertas ini juga membincangkan beberapa penambahbaikan laman EZ-Arabic 2.0. Kaedah yang digunakan dalam usaha pembangunan laman EZ-Arabic 2.0 ini adalah berdasarkan komentar serta cadangan daripada pengguna yang telah melayari laman prototaip EZ-Arabic versi pertama. Hasil daripada komentar dan cadangan tersebut, satu proses penambahbaikan laman ini dibuat dengan menggunakan perisian iSpring dan Raptivity, serta beberapa lagi perisian dalam talian (online) yang dimanfaatkan untuk pembangunan laman EZArabic 2.0.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 03:13
Last Modified: 22 Oct 2020 03:13
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/419

Actions (login required)

View Item View Item