Organisasi Pengurusan Program Homestay di Malaysia: Isu dan Cabaran

Yusof, Yusnita and Ibrahim, Yahaya and Wan Mohd Amin, Wan Abd Aziz (2013) Organisasi Pengurusan Program Homestay di Malaysia: Isu dan Cabaran. Journal of Business and Social Development, 1 (2). pp. 149-159. ISSN 2289-2915

[img] Text
FH02-FKI-16-06614.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8kB)

Abstract

Sektor pelancongan merupakan sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara selepas sektor pembuatan. Program homestay (inap desa) merupakan pelancongan berasaskan komuniti yang turut menyumbang kepada pendapatan negara. Statistik menunjukkan jumlah keseluruhan ketibaan pelancong ke program homestay pada bulan Januari hingga bulan Disember pada tahun 2010 adalah seramai 196,472, iaitu peningkatan sebanyak 21.6 peratus berbanding pada bulan Januari hingga bulan Disember pada tahun 2009. Ini menggambarkan bahawa keperluan terhadap perkhidmatan program homestay meningkat saban tahun. Oleh itu, program homestay perlu diberi perhatian oleh badan-badan kerajaan dalam usaha mengekalkan kejayaan dan kualiti serta meningkatkan bilangan pengunjung yang datang. Salah satu faktor utama kejayaan program homestay adalah melalui pengurusan kepemimpinan yang berupaya merancang, mengurus, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti dalam program homestay dengan berkesan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa item yang mempunyai tahap min yang tinggi yang boleh dijadikan contoh kepada pemimpin untuk diaplikasikan dalam program homestay. Selain itu, terdapat beberapa item yang menunjukkan tahap min yang rendah yang perlu diberi penekanan oleh pihak pengurusan homestay bagi meningkatkan komitmen peserta. Justeru itu, kajian ini membincangkan apakah faktor-faktor pengurusan pemimpin yang menjadi amalan dalam meningkatkan komitmen organisasi dalam kalangan peserta program homestay bagi pembangunan komuniti luar bandar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Program homestay, pembangunan komuniti, kepemimpinan
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:20
Last Modified: 13 Sep 2022 05:20
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/4188

Actions (login required)

View Item View Item