Penerokaan Ruang Kajian Lanjutan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895)

Hanif, Md Lateh @ Junid and Izziah Suryani, Mat Resad @ Arshad (2015) Penerokaan Ruang Kajian Lanjutan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895). In: Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015, 9 November 2015, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
FH03-FKI-18-15198.pdf
Restricted to Registered users only

Download (263kB)

Abstract

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312(1895) adalah perlembagaan yang bertulis pertama di Tanah Melayu. Kajian terusul apabila ada pandangan tentang keluasan bidang kajian sejarah Johor. Kajian ini bermatlamat untuk menganalisis kajian lalu tentang UTKJ dan meneroka ruang kajian lanjutan. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan rekabentuk analisis kandungan dan pendekatan deduktif. Kajian mendapati, kewujudan lompang kajian yang luas khasnya dalam kajian khusus tentang Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312(1895). Kajian juga mendapati, hubungan Johor dan kuasa asing dan kaitannya dengan sistem politik di Johor belum dikaji sepenuhnya. Kajian turut menunjukkan, persepsi berbeza wujud terhadap sumber adunan UTKJ. Seterusnya, makalah memaparkan secara deskriptif kajian lalu yang dipilih sebagai contoh dalam kajian perundangan berbentuk perbandingan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: K Law > KZ Law of Nations
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 22 Oct 2020 02:07
Last Modified: 22 Oct 2020 02:07
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/401

Actions (login required)

View Item View Item