Membentuk Komuniti Muslim Cakna : Pendekatan Ibn Khaldun

Ali, Nooraihan and Hj Ab Rahman, Asyraf and Wan Ahmad, Wan Ibrahim (2013) Membentuk Komuniti Muslim Cakna : Pendekatan Ibn Khaldun. Journal of Business and Social Development, 1 (2). pp. 32-42. ISSN 2289-2915

[img] Text
FH02-FKI-14-00602.pdf
Restricted to Registered users only

Download (400kB)

Abstract

Komuniti cakna dari perspektif Islam tidak hanya merupakan satu komuniti prihatin dan maju, malah ia meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagaisumber utama pembangunan. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis 1) latar belakang kehidupan dan pemikiran Ibn Khaldun, 2) ciri-ciri pembinaan masyarakat mengikut Ibn khaldun, dan 3) pendekatan Ibn Khaldun dalam pembentukan komuniti cakna. Untuk mencapai hasrat ini, penulisan ini menggunakan pendekatan analisis sekunder yang menganalisis bahan-bahan sedia ada sebagai kaedah untuk mengumpul dan membincangkan isu membentuk masyarakat cakna ini. Disebabkan tumpuan penulisan ini ialah ke atas masyarakat cakna mengikut pandangan Ibn Khaldun, maka sumber utama kepada penulisan ini ialah Ibn Khaldun dan pemikirannya dalam kitab Mukadimah (2006). Hasil kajian menunjukkan Ibn Khaldun adalah seorang sarjana Islam terkemuka dalam konteks penulisan mengenai tamadun. Ketokohannya bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam sehingga sekarang, tetapi juga turut diakui oleh tokoh-tokoh bukan Islam. Ibn Khaldun telah menggariskan enam ciri masyarakat cakna, serta turut menggariskan empat pendekatan untuk mewujudkan masyarakat atau komuniti cakna. Pendekatan Ibn Khaldun dalam membentuk komuniti cakna bermula daripada kefahaman manusia kepada keperluan hidup bermasyarakat. Pemerintah pula perlu memainkan peranan dengan meletakkan keadilan sebagai asas penting dalam pemerintahannya. Beberapa ciri dan pendekatan sesuai yang mendokong pembentukan komuniti turut dibincangkan dalam makalah ini.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:15
Last Modified: 13 Sep 2022 05:15
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3869

Actions (login required)

View Item View Item