Kedudukan Akal dalam Pendalilan Akidah

Wahab, Muhammad Rashidi (2013) Kedudukan Akal dalam Pendalilan Akidah. Jurnal Teknologi,UTM. pp. 31-39. ISSN 0127–9696

[img] Text
FH02-FKI-14-00577.pdf
Restricted to Registered users only

Download (693kB)

Abstract

Pendalilan akal merupakan salah satu sumber terpenting dalam membahaskan persoalan akidah, selain daripada sumber utama al-Quran dan hadis. Kedudukan dalil akal tersebut diiktiraf oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah kerana ia berkemampuan untuk menghasilkan keyakinan sehingga terbentuk keimanan kepada Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, sebilangan aliran pemikiran seperti Hashawiyyah didapati menolak peranan akal dalam perbahasan akidah, lantas mendakwa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah khususnya Asha’irah dan Maturidiyyah terpengaruh dengan metodologi aliran sesat Mu’tazilah yang terlebih mengutamakan dalil ‘aqli berbanding dalil naqli. Implikasi daripada tohmahan tersebut menyebabkan segelintir umat Islam memandang serong terhadap kedudukan dalil akal dalam akidah, malah pengikut Asha’irah dan Maturidiyyah turut disamakan dengan Mu’tazilah. Menerusi kaedah analisis kandungan dokumen, artikel ini akan meneliti kedudukan akal dalam pendalilan akidah menurut kerangka Ahl al�Sunnah wa al-Jama’ah untuk membuktikan bahawa Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mempunyai metodologi tersendiri dalam berinteraksi dengan akal. Malah artikel turut mengetengahkan pendirian Hashawiyyah dan Mu’tazilah berkaitan isu yang dibincangkan sebagai lontaran pemikiran sehingga tercetusnya polemik tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dalam menerima pendalilan akal adalah didasari oleh sumber dan hujah meyakinkan bagi membezakannya dengan Mu’tazilah dan Hashawiyyah. Hal ini bertepatan dengan al-Quran dan hadis yang turut memperakui kelebihan akal kepada manusia sehingga ia dapat dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Selain itu, kajian merumuskan bahawa akal juga mempunyai batasan kemampuan dalam memperkatakan sesuatu terutamanya tentang hakikat zat Allah S.W.T. dan perkara hukum-hakam Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Dalil ‘Aqli; dalil Naqli; akidah; Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:11
Last Modified: 13 Sep 2022 05:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3868

Actions (login required)

View Item View Item