Peranan Novelis Muslim Dalam Usaha Menyebar Al-Ma'ruf Dan Menyekat Al-Munkar

Nasir, Mohd Shahrizal and Yahaya, Mohd Firdaus (2013) Peranan Novelis Muslim Dalam Usaha Menyebar Al-Ma'ruf Dan Menyekat Al-Munkar. Institut latihan Islam Malaysia. pp. 209-232. ISSN 1985-5842

Full text not available from this repository.

Abstract

Lambakan bahan bacaan berbentuk karya kreatif, khususnya novel, dalam dunia kesusasteraan Melayu mengundang keperluan untuk dilakukan penilaian terhadap isi kandungannya. Tidak dapat dinafikan bahawa bahan bacaan karya kreatif turut menjadi wadah sesetengah pihak untuk menyebarkan fahaman dan ideologi tertentu yang menyimpang dari landasan ketetapan Islam. Dari sudut yang lain pula, hasrat sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan besar daripada penghasilan karya kreatif turut membentuk situasi buruk terhadap golongan pembaca. Ini kerana kebanyakan daripada mereka yang terlibat tidak memikirkan secara terperinci kandungan yang hendak disampaikan kepada pembaca. Golongan ini lebih suka mengikut kehendak pembaca meskipun kehendak tersebut bertentangan dengan Islam, seperti novel-novel erotik yang tidak wajar disajikan kepada semua peringkat pembaca. Makalah akan memberi fokus terhadap fenomena semasa dalam dunia kesusasteraan Melayu khususnya yang melibatkan karya kreatif berbentuk novel. Justeru, para novelis Muslim perlu diingatkan kembali tentang peranan besar mereka dalam usaha dakwah, dan dalam masa yang sama menjauhkan diri daripada menghasilkan novel picisan. Dakwah yang dimaksudkan di sini merujuk kepada tanggungjawab setiap individu Muslim dalam usaha menyebar al-ma‘ruf dan menyekat al-munkar.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: kesusasteraan; novelis; sastera islam; novel silami; gagasan Persuratan Baru
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:23
Last Modified: 13 Sep 2022 05:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3806

Actions (login required)

View Item View Item