Zakaria, Mohd Borhanuddin and Ibrahim, Junaidah and Hasan, Juairiah (2012) Keadilan Dalam Undang-Undang Pusaka Islam. Jurnal Pengurusan Jawhar, 1 (6). pp. 1-17. ISSN 1985-2010
Text
FH02-FKI-17-09402.pdf Restricted to Registered users only Download (302kB) |
Abstract
Keadilan dalam undang-undang pusaka Islam merupakan satu perbahasan yang tidak dapat lari dalam kehidupan manusia, kerana harta pusaka adalah merupakan suatu pensyariatan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, tetapi terdapat di luar sana segelintir masyarakat yang memerlukan penjelasan secara terperinci tentang keadilan dalam undang-undang pusaka Islam. Oleh kerana itu melalui kajian ini penulis akan mengkaji sedalam yang mungkin berkenaan keadilan dalam undang-undang pusaka Islam. Objektif kajian ini adalah untuk memberi penjelasan tentang keadilan yang dikehendaki dalam undang-undang pusaka Islam, melalui dasar pembahagian dan pembaharuan undang-undang pusaka Islam berbanding dengan undang-undang pusaka sebelum Islam terutamanya zaman jahiliyyah.dan juga untuk membuktikan keadilan dalam pembahagian harta pusaka kepada waris-waris yang berhak yang telah ditetapkan melalui syariat Islam. Metodologi kajian ini merujuk kepada penyelidikan perpustakaan yang menumpukan kepada kitab-kitab fiqh yang muc tabar daripada mazhab-mazhab Imam yang empat dan pandangan-pandangan atau pendapat (fatwa) ulama-ulama yang muc tabar.dan juga penulis akan membuat kesimpulan daripada fakta-fakta yang diperolehi. Penemuan atau hasil daripada kajian ini penulis mendapati bahawa syariat Islam bukanlah sesuatu yang membebankan kerana di samping undang-undang pusaka Islam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T Islam juga mensyariatkan hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan sebagainya untuk memastikan keadilan itu sentiasa ada dalam syariat Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc K Law > K Law (General) |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Syahmi Manaf |
Date Deposited: | 13 Sep 2022 05:11 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 05:11 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3765 |
Actions (login required)
View Item |