Al-I‘Jaz al-Bayani pada Ayat-ayat al-Qur’an: Satu Kajian Terhadap Uslub al-Hakim dan Iltifat

Mat Teh, Kamarul Shukri (2012) Al-I‘Jaz al-Bayani pada Ayat-ayat al-Qur’an: Satu Kajian Terhadap Uslub al-Hakim dan Iltifat. Jurnal Darul Quran, 16 (1). pp. 53-90. ISSN 2229-9130

[img] Text
FH02-FBK-17-07838.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Al-Qur’an merupakan sebuah kitab suci umat Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. Apabila ia diturunkan daripada Allah s.w.t., semestinya al-Qur’an memiliki keistimewaan yang luar biasa dan tidak dapat ditandingi oleh sebarang bentuk penulisan sama ada dari sudut gaya bahasa, mahupun isi kandungannya. Antara ciri-ciri al-Qur’an, ia mengandungi elemen al-i‘jaz (mukjizat) dan al-tahaddiy (cabaran) yang tidak akan mampu diingkari oleh golongan kafir. Selain itu, aspek al-i‘jaz yang menjadi perbincangan utama para ulama ialah yang melibatkan gaya bahasa al-Qur’an. Ia dikenali sebagai al-i‘jaz al-bayaniy atau al-i‘jaz al-lughawiy atau al-i‘jaz al-balaghiy. Berasaskan kesepakatan para ulama tentang kewujudan al-i‘jaz al-bayaniy pada ayat-ayat al-Qur’an, makalah akan menghuraikan dua bentuk gaya bahasa (uslub) al-Qur’an iaitu uslub al-hakim dan iltifat. Kedua-dua gaya bahasa ini dilihat mampu menjadi contoh untuk pembuktian wujudnya al-i‘jaz al-bayaniy dalam al-Qur’an. Beberapa ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan dua bentuk gaya bahasa tersebut akan dianalisis berdasarkan kitab tafsir al-Qur’an. Hal ini bagi menyerlahkan elemen al-i‘jaz dari sudut bahasa pada ayat tersebut. Berdasarkan perbincangan tentang uslub al-hakim dan iltifat dalam makalah ini, ia dilihat dapat meningkatkan pemahaman pembaca terhadap al-i‘jaz al-bayaniy pada ayat-ayat al-Qur’an. Hal ini menjadi antara bukti kebenaran al-Qur’an sebagai Kalamullah yang akan kekal terpelihara sehingga hari Kiamat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: The Qur'an; al-i'jaz; al-bayaniy; uslub al-hakim; iltifat; miracle
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 04:25
Last Modified: 13 Sep 2022 04:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3757

Actions (login required)

View Item View Item