Penyelewengan Sastera Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Terhadap Novel Na'ib Izra'il Oleh Yusuf Al-Siba'I

Nasir, Mohd Shahrizal (2012) Penyelewengan Sastera Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Terhadap Novel Na'ib Izra'il Oleh Yusuf Al-Siba'I. Jurnal Teknologi, 58 (1). pp. 37-44. ISSN 0127-9696

[img] Text
FH02-FBK-17-07827.pdf
Restricted to Registered users only

Download (186kB)

Abstract

Dalam konteks Islam, salah satu rukun imannya ialah percaya kepada malaikat. Sehubungan itu, Islam menjelaskan bahawa malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang sentiasa patuh dan tunduk kepada segala perintah Allah S.W.T. Para malaikat ini termasuk dalam kelompok perkara-perkara ghaib (al-ghaybiyyat), yang menjadi rahsia mutlak Allah S.W.T. Seterusnya, sebagai kelompok al-ghaybiyyat, malaikat tidak boleh sama sekali dipersendakan, hatta dalam karya kreatif sekalipun. Menurut Islam, mempersenda malaikat boleh menyebabkan akidah seseorang Muslim terjejas, dan seperti yang diketahui, akidah merupakan perkara pokok atau asas utama dalam Islam. Bertolak daripada keyakinan tersebut, makalah ini merungkai novel Na’ib Izra’il (Timbalan Izra’il) (1947), karya seorang karyawan Muslim terkenal Mesir iaitu Yusuf al-Siba’i, yang memperagakan watak malaikat Izra’il yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. untuk mengambil nyawa manusia, serta bagaimana Izra’il menjalankan tanggungjawabnya itu. Dengan bersandarkan kepada beberapa nas al-Qur’an dan hadis sebagai sumber rujukan, makalah ini mengenal pasti dan seterusnya menyanggah maklumat tentang malaikat Izra’il dalam novel yang dilihat sebagai penyelewengan atau pemalsuan daripada sumber rujukan tersebut. Makalah ini beranggapan bahawa Na’ib Izra’il merupakan satu persendaan yang disengajakan oleh novelisnya untuk mencemar kesucian Islam.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Islam; novelis Muslim; sastera Islam; penyelewengan sastera; al-ghaybiyyat (perkara ghaib)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:23
Last Modified: 13 Sep 2022 05:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3733

Actions (login required)

View Item View Item