Perbahasan Tentang Qiraat Mutawatir dan Perbahasannya Dalam Tafsir al-Tabari.

Nor Hafizi, Yusof and Mohd A' Tarahim, Mohd Razali and Wan Khairul Aiman, Wan Mokhtar (2015) Perbahasan Tentang Qiraat Mutawatir dan Perbahasannya Dalam Tafsir al-Tabari. In: Seminar Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari (SQ2015)., 15 August 2015, UNISZA.

[img] Image
FH03-FKI-19-26906.png
Restricted to Registered users only

Download (232kB)

Abstract

Mutawatir merupakan syarat penerimaan bacaan al-Quran. Namun begitu berlaku khilaf dalam kalangan ulama dalam menentukan status mutawatir sebagai rukun bacaan al-Quran. Perbezaan dalam menentukan status mutawatirnya sesuatu qiraat juga dapat dilihat dalam tafsir al-Tabari apabila terdapat beberapa tempat dalam perbahasannya beliau telah menghukum beberapa qiraat yang dianggap mutawatir di sisi para qurra‟ sebagai Ahad dan Shaz. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidiki perbahasan ulama tentang istilah mutawatir dan khilaf ulama dalam mensyaratkannya sebagai rukun bacaan yang maqbulah. Ia juga bertujuan mengkaji kedudukan qiraat ini dalam perbahasan ilmu qiraat dalam tafsir al-Tabari. Kajian berbentuk diskriptif dan analisis kitab ini akan membahaskan pandangan ulama terhadap qiraat mutawatir serta manhaj Imam alTabari dalam menentukan qiraat maqbulah di dalam tafsirnya, Kesemua data dianalisis menggunakan metode induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerimaan mutawatir sebagai syarat sah bacaan al-Quran adalah tidak muktamad kerana terdapat ulama lain seperti al-Makki dan Ibn alJazari yang hanya mensyaratkan sah sanad sahaja. Perbezaan menghukum dan memilih wajah qiraat dalam tafsir al-Tabari juga tidak menjadi dalil bahawa al-Tabari menolak qiraat mutawatir kerana ianya hanya merupakan perbezaan kedah dan keterbatasan riwayat dalam menilai status sesuatu qiraat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 21 Oct 2020 07:25
Last Modified: 21 Oct 2020 07:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/365

Actions (login required)

View Item View Item