Penglibatan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Aktiviti Kesukarelaan: Kajian Empat Buah Universiti Awam Terpilih Di Lembah KLang

Normah, Awang Noh (2015) Penglibatan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Aktiviti Kesukarelaan: Kajian Empat Buah Universiti Awam Terpilih Di Lembah KLang. In: Social Sciences Postgraduate International Seminar 2015, 12 November 2015, Universiti Sains Malaysia.

[img] Image
FH03-FSSG-20-40657.jpg
Restricted to Registered users only

Download (58kB)

Abstract

Kesukarelaan merupakan satu fenomena global yang semakin mendapat perhatian kerana kemampuannya untuk membentuk sebuah masyarakat demokratik dan mempercepatkan proses pembangunan sesebuah negara. Kesukarelaan merujuk kepada penglibatan individu dalam aktiviti yang dilakukan secara sukarela, tidak melibatkan ganjaran material dan mendatangkan manfaat kepada sukarelawan dan individu atau kelompok yang dibantu. Kesukarelaan merupakan suatu "core value" masyarakat moden pada masa kini dan kepentingan penerapannya dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar. Hal ini kerana generasi muda merupakan aset bernilai kepada negara dan bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.Sehubungan itu, pemerkasaan golongan ini perlu dilakukan bagi melahirkan generasi muda yang dinamik, aktif dan mampu bersing di peringkat dunia. Tujuan kajian ini dilakukan untuk melihat motivasi yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan dan manfaat yang diperoleh hasil daripada penglibatan tersebut. Responden kajian terdiri daripada pelajar IPTA terpilih di kawasan Lembah Klang yang terlibat dalam aktiviti kesukarelaan. Kajian ini akan menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Maklumat sokongan juga diperolehi melalui temu bual tidak formal dan sumber sekunder.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
H Social Sciences > HS Societies secret benevolent etc
Divisions: Faculty of Applied Social Sciences
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 21 Oct 2020 06:59
Last Modified: 21 Oct 2020 06:59
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/359

Actions (login required)

View Item View Item