Thoarlim, Dr. Abdulsoma (2016) Pertandingan sukan tradisional dalam perspektif sunnah. In: PROPHETIC TOLARANCE ON DIVERSITY OF NATION. Universiti Fatoni, pp. 1-712. ISBN 978-967-2027-09-6
Text
FH05-FKI-18-12365.pdf Restricted to Registered users only Download (467kB) |
Abstract
Pertandingan sukan banyak disebut dalam Hadith yang menunjukkan ia telah disyariatkan oleh Islam. Kertas kerja ini bertujuan bagi mengenal pasti jenis pertandingan sukan yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W serta menghuraikan matlamat pertandingan yang dilakukan pada zaman Baginda S.A.W. Selain itu, menjelaskan kedudukan hukum pertandingan dan bentuk hadiah dalam pertandingan. Kajian ini adalah sebagai analisis dokumen atau kajian kepustakaan yang terdapat dalam buku Hadith dan Fiqah tentang hal tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis-jenis sukan yang dipertandingkan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W adalah berkait dengan alat-alat peperangan seperti pertandingan kuda, unta, memanah, berlumba lari dan bergusti. Dalam Islam, pertandingan yang disyariatkan adalah untuk melatihkan dan menyediakan diri Muslim sebagai persediaan dalam peperangan. Manakala hadiah dalam sesuatu pertandingan kadangkala ditaja oleh pihak luar atau pihak ketiga, ada juga ditaja oleh salah seorang peserta dan semua peserta.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Fatin Amirah Ramlan |
Date Deposited: | 09 Jan 2022 07:03 |
Last Modified: | 17 Apr 2022 04:12 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3419 |
Actions (login required)
View Item |