Model terapi psikospiritual berdasarkan Al-Quran terhadap klien kebergantungan opiat yang menjalankan terapi gantian metadon (TGM)

Husain, Prof. Madya Dr. Rohayah and Othman, Dr. Mohd Shahril and Mohamad, Prof. Dr. Nasir and Syed Omar, Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi and Che Mat, Dr. Hj. Khairi (2016) Model terapi psikospiritual berdasarkan Al-Quran terhadap klien kebergantungan opiat yang menjalankan terapi gantian metadon (TGM). In: QUR'ANIC RESEARCH INTERACTION OF KNOWLEDGE, SCIENCE AND CIVILIZATION. CENTRE OF QURANIC RESEARCH (CQR), UM, pp. 175-185. ISBN 978-967-0882-07-9

[img] Text
FH05-FP-18-12266.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Penagihan dadah adalah membimbangkan saban tahun di Malaysi. Dadah adalah bahan atau sebatian kimia yang boleh memudaratkan individu yang menggunakannya secara salah atau berlebihan kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Bahasa Arab mendefinisikan dadah sebagai al-mukhaddarat, dari perkataan iaitu perkara-perkara yang boleh menyebabkan kehilangan pertimbangan dan akal seperti ganja dan morfin. Terdapat pelbagai usaha pemulihan dadah seperti Terapi Gantian Metadon (TGM) yang telah dilaksanakan di Malaysia dan rawatan yang menerapkan unsur-unsur berdasarkan kaedah Islam. TGM ialah rawatan gantian untuk penagihan opiat yang menggunakan ubat metadon dalam bentuk sirap sebagai gantian dadah yang berbahaya seperti dadah-dadah dari jenis opiat terutamanya heroin dan morfin bagi penagih tegar yang ingin berhenti menggunakan dadah terlarang secara sukarela. Pemulihan kebergantungan terhadap opiat dilaporkan berjaya dalam kalangan klien TGM. Namum, kadar pengekalan pemulihan masih ditahap rendah. Antara penyebabnya adalah aspek spiritualiti kurang diterapkan dii dalam rawatan tersebut.

Item Type: Book Section
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Faculty of Medicine
Depositing User: Fatin Amirah Ramlan
Date Deposited: 09 Jan 2022 06:37
Last Modified: 17 Apr 2022 04:20
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3395

Actions (login required)

View Item View Item