Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC): Sejarah Bermulanya Proses Perkongsian Kuasa

Mohamed, Dr. Nurshuhada (2015) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC): Sejarah Bermulanya Proses Perkongsian Kuasa. Institut Kajian Etnik (UKM). ISBN 978970741123

[img] Text
FH05-PPT-21-51318.pdf
Restricted to Registered users only

Download (275kB)

Abstract

Sosiologi sejarah memperakukan pendekatan multidisiplin di dalam membuat tafsiran dan kupasan sejarah pembangunan negara. Hubungan disiplin sosiologi dan sejarah adalah bersifat simbiotik yang melengkapi fungsi sosial dalam sejarah sesebuah negara. Penggubalan dan pelaksanaan dasar awam mana-mana negara dipengaruhi oleh sejarah sosial dan perkiraan politik masyarakat setempat. Sarjana-sarjana dasar awam barat (Easton 1965, Dye 1978, Dunn 1994 dan Anderson 2000) sering mengaitkan pembentukan dasar awam dengan tiga dimensi iaitu masyarakat, pasaran dan kerajaan. Sudah pasti perubahan dasar awam yang merubah masyarakat Malaysia pada hari ini lahir daripada satu proses perkongsian etnik di dalam masyarakat. Dalam usaha mencari pembinaan pembentukan perpaduan dan hubungan etnik dalam politik, ekonomi, urus tadbir dan dasar awam di negara, CLC menjadi fokus untuk memahami pembentukan dasar awam dan juga dasar mengurus kehidupan bermasyarakat di negara ini. Konsep Ilmu Kolonial oleh Shamsul AB (2011) dan Konsosiasional oleh Arend Lijphart (1997) dibincangkan di dalam CLC dan dibuktikan melalui data empirikal iaitu dokumen peribadi seperti Sir MalColm MacDonald dan Tan Cheng Lock serta Rekod Minit-Minit Mesyuarat CLC yang dianalisis adalah fail Colonial Office dan Federal Office. Dapatan kajian memperakui proses perundingan yang berlangsung dalam CLC adalah perkongsian kuasa di antara etnik yang berbeza budaya bagi membentuk sebuah negara yang mempunyai wilayahnya, perlembagaan untuk urus tadbir negara dan juga ciriciri warganegara.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Faculty of General Studies & Advanced Education
Depositing User: Fatin Amirah Ramlan
Date Deposited: 09 Jan 2022 04:15
Last Modified: 13 Sep 2022 06:39
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3291

Actions (login required)

View Item View Item