Perbandingan Pemakaian Dastar dalam Agama Sikh dengan Serban dalam Agama Islam

Md. Zain, Aman Daima (2012) Perbandingan Pemakaian Dastar dalam Agama Sikh dengan Serban dalam Agama Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari nKeluaran 5, Julai 2012. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-14-00657.pdf
Restricted to Registered users only

Download (215kB)

Abstract

Serban dalam konteks Malaysia merupakan satu istilah yang cukup sinonim dengan agama Islam dan agama Sikh. Kedua-dua agama ini menjadikan pemakaian serban sebagai salah satu amalan yang mempunyai tujuan dan falsafahnya yang tersendiri. Dalam agama Sikh, pemakaian serban atau dalam bahasa Punjabi ia dipanggil dastar, dianggap satu kemestian yang perlu dilaksanakan untuk membuktikan kepatuhan dan keyakinan mereka kepada ajaran Guru serta kitab suci mereka. Manakala dalam Islam pula, serban merupakan pakaian Rasulullah s.a.w dan umat Islam digalakkan untuk memakainya. Walaupun secara umumnya, terdapat persamaan di antara serban dan dastar, namun ia berbeza dari segi pemakaian, bentuk, ukuran serta warnanya. Antara objektif kajian ini ialah untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat majmuk di Malaysia mengenai isu pemakaian serban di dalam agama Islam dan Sikh. Dengan maklumat ini, akan melahirkan sikap toleransi dan kerjasama tanpa mengira bangsa dan agama di kalangan masyarakat demi menjayakan konsep 1 Malaysia. Dalam kajian ini, kaedah analisis dokumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai serban dan dastar melalui kitab-kitab hadith dan juga rujukan yang berkaitan dengan agama Sikh.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pemakaian Serban, Dastar, agama Sikh
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:23
Last Modified: 13 Sep 2022 05:23
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3169

Actions (login required)

View Item View Item