Daud, Normadiah and Mohd Kusrin, Zuliza and Hanin Hamjah, Salasiah and Fakhri Omar, Anwar (2012) Penyusuan Dan Bank Susu Menurut Islam. Jurnal Islamiyyat Fakulti Pengajian Islam, UKM. pp. 107-118.
![]() |
Text
FH02-FKI-14-00619.pdf Restricted to Registered users only Download (376kB) |
Abstract
Penyusuan susu ibu boleh membantu tumbesaran mental dan fizikal kanak-kanak. Kepentingan dan keistimewaan susu ibu bukan sahaja diiktiraf dalam Islam malah juga oleh penyelidik sains perubatan dan pemakanan. Artikel ini bertujuan membincangkan rukun dan hak penyusuan menurut Islam di samping isu penubuhan bank susu. Metodologi kajian yang digunakan dalam penulisan ini ialah analisis kandungan yang fokus kepada buku-buku fiqah. Hasil perbincangan mendapati terdapat tiga rukun penyusuan iaitu ibu susuan, anak susuan dan bapa susuan. Dalam hak penyusuan terdapat perbincangan berkenaan hak anak, hak ibu dan hak bapa berasaskan perbahasan para ulama. Perbincangan juga mendapati bahawa Islam bukan sahaja mengiktiraf kelebihan khasiat susu ibu tetapi juga menekankan isu pensabitan nasab anak dengan ibu susuan. Justeru, isu penubuhan bank susu telah difatwakan sebagai tidak diharuskan penubuhannya di Malaysia, bagi mengelakkan masalah penentuan pensabitan nasab yang sukar dipastikan. Seterusnya, Islam mengiktiraf penyusuan adalah hak anak tetapi tidaklah wajib bagi ibu untuk menyusukan anaknya kerana dalam bab penyusuan tersebut terdapat hak anak dan hak ibu yang telah ditentukan. Hak suami adalah tertakluk kepada menegah isterinya mengambil upah menyusukan anak orang. Justeru suami tidak berhak melarang isterinya menyusukan anak mereka dan juga anak isterinya dengan bekas suami terdahulu.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Susu ibu, anak susuan, hak, nasab, penyusuan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Syahmi Manaf |
Date Deposited: | 13 Sep 2022 05:23 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 05:23 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3168 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |