Literatur dan Kajian Tentang Gender di Malaysia sejak 1980 hingga Dekad 2000an

Che Anuar, Nurfarahain (2012) Literatur dan Kajian Tentang Gender di Malaysia sejak 1980 hingga Dekad 2000an. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari nKeluaran 5, Julai 2012, 5. pp. 27-35. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-14-00622.pdf
Restricted to Registered users only

Download (494kB)

Abstract

Malaysia sejak lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan bukan sahaja telah mengalami perubahan yang sangat ketara dari segi pembangunan dan pemodenan, malah berlaku perkembangan masyarakat secara keseluruhannya. Penyertaan wanita secara aktif dalam proses pembangunan negara telah memberi implikasi dan menimbulkan pelbagai persoalan gender dalam setiap lingkungan pembabitan wanita. la sekaligus menarik minat ramai sarjana, pengkaji mahupun pembuat dasar negara membahaskannya melalui pelbagai kajian dan wacana. Artikel ini cuba membincangkan kajian-kajian bertemakan gender di Malaysia yang dikenalpasti sejak tahun 1980 hingga 2000-an. Kajian-kajian mengenai pelbagai dimensi gender telah dilakukan bukan sahaja oleh sejumlah pensyarah, malah juga oleh pelajar sarjana dan PhD hampir di semua universiti awam termasuk universiti swasta. Namun, tumpuan ke atas kajian-kajian tentang gender ketara bermula 1990 hinggalah ke hari ini meliputi soal perbezaan dan kesaksamaan gender hinggalah kepada persoalan transgenderisme. Melalui Dasar Wanita Negara, penekanan diberi kepada penyelidikan-penyelidikan mengenai aspek gender yang bertujuan menjana pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan perancangan serta pelaksanaan program. Persoalan gender ternyata menjadi semakin penting dan memberi impak besar kepada negara, selain menyumbang kepada cadangan dasar khususnya dalam setiap rancangan pembangunan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: gender; wanita; penyelidikan; Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:14
Last Modified: 13 Sep 2022 05:14
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3166

Actions (login required)

View Item View Item