Ahmad Ibrahim dan reformasi pengajian undang-undang Islam di Malaysia

Awang, Mohd Badrol (2011) Ahmad Ibrahim dan reformasi pengajian undang-undang Islam di Malaysia. Kanun, 23 (1). pp. 40-60. ISSN 0128-2670

[img] Text
FH02-FUHA-19-31311.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kertas ini adalah suatu kajian analisis atas sumbangan pemikiran dan pelaksanaan yang telah dilakukan oleh Ahmad Ibrahim terhadap pengajian undang-undang Islam di Malaysia dengan tujuan untuk melihat kesan dan perubahan yang berlaku terhadap pengajian undang-undang Islam itu sendiri. Kajian mendapati, dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman kerjaya perundangan yang luas dan pelbagai, Ahmad Ibrahim telah berjaya merencanakan suatu struktur pengajian undang-undang Islam secara bersepadu dengan menggabungkan pengajian undang�undang sivil dalam satu kuliah (fakulti) yang telah mengubah sistem pengajian undang-undang sebelumnya yang memisahkan antara pengajian undang-undang Islam dengan undang-undang sivil. Kesannya, pengajian undang-undang Islam telah memasuki arus perdana pengajian undang-undang dan penekanan kepada undang-undang Islam telah mula diberikan. Reformasi pengajian undang-undang yang dilakukan oleh Ahmad Ibrahim itu kemudiannya telah mempengaruhi pelaksanaan pengajian undang-undang Islam mahupun undang-undang sivil di universiti-universiti tempatan yang lain.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ahmad Ibrahim, reformasi, pengajian, undang-undang.
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 04:24
Last Modified: 13 Sep 2022 04:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3150

Actions (login required)

View Item View Item