Muslimah dan masjid dari perspektif aktiviti ibadah

Salleh, Siti Fatimah (2011) Muslimah dan masjid dari perspektif aktiviti ibadah. MUSLIMAH DAN MASJID DARI PERSPEKTIF AKTIVITI IBADAH, 1 (1). pp. 71-81. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-18-13211.pdf
Restricted to Registered users only

Download (284kB)

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk menentukan bentuk-bentuk kegiatan ibadah muslimah di masjid dan kedudukannya menurut syarak. Aktiviti tersebut ialah solat muslimah di masjid, i’tikaf, akad perkahwinan dan program pengajian agama serta beberapa isu yang berkait dengan keuzuran muslimah semasa di masjid. Masjid merupakan bangunan yang dibina sebagai tempat melaksanakan amal ibadat kepada Allah s.w.t.. Fungsi masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. bukan sahaja terkenal sebagai pusat kegiatan ibadah tetapi ia berfungsi sebagai pusat aktiviti yang pelbagai. Penglibatan muslimah dalam melaksanakan kegiatan ibadah di masjid mempunyai perbincangannya dalam Islam. Isu-isu khusus tentang kaum muslimah menjadi kesamaran di kalangan mereka yang memerlukan penjelasan hukum tentangnya. Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan dengan menganalisis dokumen dalam kitab-kitab fiqh, hadis, lughah dan tafsir. Dapatan kajian ini menunjukkan tiga aspek utama yang berkaitan dengan solat, i’tikaf muslimah dan akad perkahwinan serta etika mengikuti atau mengajar kelas agama di masjid. Aktiviti ibadah muslimah di masjid tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan ia mempunyai etika-etika syara’ yang mesti dipatuhi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: masjid, ibadah, muslimah.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:17
Last Modified: 13 Sep 2022 05:17
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3144

Actions (login required)

View Item View Item