Perbezaan qiraat mutawatirah dan aplikasinya dalam ayat-ayat munakahat

Salleh, Siti Fatimah and Muda, Mohd Zulkifli (2011) Perbezaan qiraat mutawatirah dan aplikasinya dalam ayat-ayat munakahat. JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI, 4 (1). pp. 13-36. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-18-13210.pdf
Restricted to Registered users only

Download (398kB)

Abstract

Qiraat al-Mutawatirah ialah kepelbagaian bentuk bacaan al-Quran dan perselisihannya berdasarkan imam yang meriwayatkan bentuk bacaan tersebut. Kesan daripada kepelbagaian itu memberi perbezaan pada makna sesuatu kalimah dan hukum sesuatu ayat. Artikel ini membincangkan tentang implikasi Qiraat al-Mutawatirah dalam ayat-ayat munakahat yang berkaitan dengan sesuatu hukum seperti masalah jimak, khulu’, penyusuan, pemberian mut’ah atau sagu hati, mewarisi perempuan, larangan menyakiti dan menyusahkan isteri, tuntutan supaya isteri memelihara kehormatan, larangan kepada isteri mempamerkan perhiasan diri dan tuntutan supaya isteri berada di rumah. Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan dengan merujuk kitab qiraat, tafsir, lughah, hadis dan fiqh. Dapatan kajian ini mendapati kepelbagaian bacaan dalam ayat-ayat munahakahat memberi lebih daripada satu makna yang mendatangkan perbezaan pada hukum sesuatu ayat dan ada yang berbentuk menjelaskan dan menguatkan kehendak sesuatu hukum dalam ayat tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Qiraat mutawatirah; Munakahat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:24
Last Modified: 13 Sep 2022 05:24
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3143

Actions (login required)

View Item View Item