Nasir, Mohd Shahrizal and Ahmad H. Osman, Rahmah (2011) Sastera Islam: Satu Perbandingan antara Pandangan Mohd. Affandi dengan Abu al-Hasan Ali al-Nadwi. Jurnal e-Utama, 3 (1). pp. 55-81. ISSN 2010-0124
Text
FH02-FBK-17-08211.pdf Restricted to Registered users only Download (551kB) |
Abstract
Makalah ini membincangkan takrifan dan pandangan tentang ‚Saste-ra Islam‛ oleh dua orang tokoh iaitu Mohd. Affandi Hassan dengan Abu al-Hasan Alial-Nadwi. Kedua-dua orang tokoh ini yang mewakili dunia kesusas-teraan Melayu dan Arab, telah berusaha menjelaskan pengertian sastera Islam menurut pandangan masing-masing. Walaupun keduanya hidup dalam sua-sana yang berbeza, namun keduanya diikat oleh ikatan akidah Islamiah yang ditunjangi oleh wahyu Ilahi, sepertimana yang termaktub dalam al-Qur’an dan Sunnah. Selain itu, faktor pendesak atau push factorkepada tercetusnya usaha mereka untuk memperjelaskan pengertian sastera Islam adalah berbeza.Juste-ru, adalah wajar untuk membandingkan kedua-dua tokoh ini bagi melihat di manakah titik pertembungan idea mereka tentang sastera Islam. Analisis men-dapati bahawa terdapat tiga persamaan yang ketara antara pandangan Mohd. Affandi dan al-Nadwitentang sastera Islam iaitu; (a) penekanan terhadap mesej atau perutusan dalam sesebuah karya sastera Islam, (b) penekanan ba-hawa sastera harus mempunyai kaitan dengan kehidupan, dan (c) pengiktira-fan terhadap sastera klasik yang dilihat secara jelas memanfaatkan seni sastera dalam menyampaikan ilmu kepada khalayak masyarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Sastera Islam; Abu al-Hassan Alī al-Nadwi; Mohd. Affandi Hassan; faktor pendesak |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion |
Divisions: | Faculty of Languages & Communication |
Depositing User: | Syahmi Manaf |
Date Deposited: | 13 Sep 2022 05:32 |
Last Modified: | 13 Sep 2022 05:32 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3102 |
Actions (login required)
View Item |