Al-Shi’r al-’Arabi wa Dawruh fi Tatwir Maqdarat Muta’allimi al-Lughah al-’Arabiyah min Ghayr al-Natiqin biha

Nasir, Mohd Shahrizal (2011) Al-Shi’r al-’Arabi wa Dawruh fi Tatwir Maqdarat Muta’allimi al-Lughah al-’Arabiyah min Ghayr al-Natiqin biha. Jurnal Al-Arabi: Jurnal Bahasa Arab Dan Pengajarannya, 9 (1). pp. 49-65. ISSN 1693-3257

[img] Text
FH02-FBK-17-07836.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Sastera merupakan elemen penting dalam proses pembelajaran bahasa. Hakikatnya, sastera memperluaskan keupayaan pelajar untuk memahami dan menguasai sesuatu bahasa, terutama bagi golongan yang bukan penutur asalnya. Seperti yang diketahui umum, komponen sastera Arab yang terbesar ialah dalam bentuk seni puisi (syi'r). Pada era sebelum Islam, peranan puisi sangat penting apabila masyarakat Arab menjadikannya sebagai wadah untuk merakamkan peristiwa sejarah dan juga dijadikan sebagai bahan bukti bagi ketetapan terhadap sesuatu perkara yang telah dihukumkan benar atau salah. Merujuk kepada kepentingan ini, ia membuktikan bahawa bahasa Arab mempunyai skop perbincangan sastera yang amat luas sejak zaman sebelum kemunculan Islam sehingga kini. Perkembangan ini merupakan satu bukti kukuh yang menunjukkan kepentingan kesusasteraan dalam perkembangan pesat bahasa Arab menerusi era yang berbeza. Oleh itu, hal ini jelas menunjukkan bahawa subjek kesusasteraan Arab mestilah diajar secara komprehensif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, dengan itu para pelajar akan benar-benar menguasai bahasa tersebut. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan sastera Arab, khususnya seni puisi, dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab bagi golongan bukan penutur asalnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sastera Arab, bahasa Arab, puisi, penutur bukan asal
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 04:25
Last Modified: 13 Sep 2022 04:25
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/3097

Actions (login required)

View Item View Item