Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Al-Quran Bagi Golongan Dewasa

Syed Bidin, Sharifah Norshah Bani and Abu Mansor, Nor Salimah and A. Manaf, Zulkifli (2011) Pelaksanaan Manhaj Rasulullah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Al-Quran Bagi Golongan Dewasa. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 1 (1). pp. 53-70. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-18-12993.pdf
Restricted to Registered users only

Download (511kB)

Abstract

Manhaj merujuk kepada metodologi atau tatacara pelaksanaan. Manhaj Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang perlu dikaji dan diketengahkan sebagai metodologi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kepentingan ini dirasakan kerana keberkesanan kaedah yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. telah dapat mendidik ramai huffaz, qurra’ dan muhadditin dalam perkembangan Islam pada zaman silam. Artikel ini membincangkan dua perkara utama, iaitu mengupas dan menonjolkan manhaj Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan pengajaran al-Quran dan hadith kepada para sahabat baginda. Selain itu, pengkaji meninjau sejauh mana perkara ini diterapkan dalam pelaksanaan pengajian al-Quran dewasa (KQD) di sebuah masjid di negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Aziz Shah (MSAAS). Tujuan utama kajian adalah menganalisis pelaksanaan KQD di masjid ini untuk meninjau sejauh mana ciri-ciri manhaj Rasullullah s.a.w. ini diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran KQD di masjid ini. Data dikutip dengan menggunakan teknik kualitatif iaitu analisis dokumen dan temubual informan. Tembual ini adalah temubual elit mendalam (in-depth elite interview) dengan penyelaras dan pengajar terpilih di masjid yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa beberapa aspek utama daripada manhaj Rasulullah dalam P&P yang dilaksanakan di masjid ini didapati selari dengan kerangka teori kajian ini. Kerangka teori ini dihasilkan dari penelitian intipati ayat 164, Surah Ali ‘Imran. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai satu landasan untuk membentuk satu model asas bagi P&P dalam pelaksanaan KQD di masjid lain. Maklumat yang diperolehi dari informan memberi maklumbalas bahawa teknik pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan dalam KQD di masjid ini didapati berkesan dan memuaskan pelanggan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Manhaj Rasulullah; Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran; Kelas al-Quran Dewasa
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:22
Last Modified: 13 Sep 2022 05:22
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2994

Actions (login required)

View Item View Item