Keindahan Seni Puisi al-Amin dari Aspek Tatabahasa Melayu dan Balaghah Arab

Nasir, Mohd Shahrizal and Yaacob, Adli (2010) Keindahan Seni Puisi al-Amin dari Aspek Tatabahasa Melayu dan Balaghah Arab. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies, 32 (1). pp. 89-113. ISSN 0216-5636

[img] Text
FH02-FBK-17-08209.pdf
Restricted to Registered users only

Download (234kB)

Abstract

Dewasa ini, karya sastera Islam telah menarik minat yang besar dalam kalangan peminat sastera. Karya yang berkaitan dengan Islam dan tasawurnya ini seharusnya terus dikaji agar faedahnya dapat dikongsi dengan semua lapisan masyarakat. Al-Amin merupakan sebuah karya puisi Melayu terpanjang buat masa ini, adalah hasil karya Sasterawan Negara Malaysia, A. Samad Said. Penghasilannya yang mengambil masa yang panjang, haruslah dihargai bukan sahaja dengan membacanya malah perlu dikaji secara ilmiah untuk manfaat para pembaca. Al-Amin yang menceritakan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. ini memiliki nilai keindahan seni yang tersendiri, bukan sahaja dapat dilihat menerusi sudut tatabahasa bahasa Melayu, malah ia juga dapat dilihat dari kaca mata balaghah Arab. Jika dirujuk kepada perbincangan sastera Arab, Al-Amin boleh dikategorikan sebagai karya jenis puisi Pujian Nabi atau puisi Riwayat Hidup Nabi. Makalah ini cuba memperkenalkan puisi Al-Amin pada khalayak dan menyenaraikan beberapa bentuk keindahan seni di dalamnya, yang seterusnya dapat mencerminkan nilai tersendiri karya Al-Amin ini. Makalah juga menunjukkan beberapa bentuk keindahan seni dalam Al-Amin daripada dua sudut iaitu tatabahasa Melayu dan balaghah Arab seperti penggunaan asonansi, aliterasi, pengulangan, perumpamaan, kutipan daripada al-Quran dan Hadis dan lain-lain. Walau bagaimanapun, seperti yang dicadangkan dalam makalah ini, walaupun Al-Amin mempunyai kepuitisan dan keindahan baitnya, masih ada beberapa kelompangan yang perlu diambil perhatian bagi penambahbaikan karya ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: sastera Islam, keindahan seni, tatabahasa Melayu, balaghah Arab, puisi Pujian Nabi
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:11
Last Modified: 13 Sep 2022 05:11
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2922

Actions (login required)

View Item View Item