Hubungan Tahap Motivasi Dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Terengganu

Mat Teh, Kamarul Shukri and Embi, Mohamed Amin and Nik Yusoff, Nik Mohd Rahimi and Mahamod, Zamri (2010) Hubungan Tahap Motivasi Dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Terengganu. Jurnal Teknologi Sains Sosial, 52. pp. 57-67. ISSN 0127-9696

[img] Text
FH02-FBK-14-00416.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8kB)
[img] Image
FH02-FBK-14-01084.jpg
Restricted to Registered users only

Download (189kB)

Abstract

Beberapa kajian menunjukkan penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) dipengaruhi oleh Motivasi Pembelajaran Bahasa (Oxford dan Nyikos, 1989; Prokop, 1989; Okada et al. 1999). Kertas ini memerihalkan dapatan kajian mengenai penggunaan SPB oleh pelajar bahasa Arab berdasarkan tahap motivasi pembelajaran bahasa. Subjek kajian yang dipilih secara rawak terdiri daripada 457 orang pelajar di 13 buah sekolah menengah agama di Terengganu. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada SILL (Oxford, 1990) dan bahagian soal selidik motivasi daripada Affective Survey (Ehrman & Oxford, 1991). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar adalah sederhana dan pelajar bermotivasi tinggi lebih kerap menggunakan SPB berbanding pelajar bermotivasi rendah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Strategi pembelajaran bahasa; motivasi pembelajaran bahasa Arab; sekolah menengah agama
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:05
Last Modified: 13 Sep 2022 05:05
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2883

Actions (login required)

View Item View Item