Korelasi strategi dengan motivasi dalam pembelajaran bahasa Arab

Mat Teh, Kamarul Shukri and -, Mohamad Amin (2009) Korelasi strategi dengan motivasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24 (1). pp. 109-123. ISSN 0126-7272

[img] Text
FH02-FKI-18-16395.pdf
Restricted to Registered users only

Download (68kB)

Abstract

Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) dengan Motivasi Pembelajaran Bahasa (Oxford & Nyikos, 1989; Ehrman, 1990; Macaro, 2001). Kertas ini memerihalkan satu kajian yang direka bentuk untuk mengkaji korelasi di antara SPB dengan Motivasi Pembelajaran Bahasa Arab. Data kajian dikumpul dengan menggunakan soal selidik kendiri yang diubah suai daripada Strategy Inventory for Language Learning (SILL) (Oxford, 1990) dengan tambahan satu konstruk baru, dan soal selidik motivasi daripada Affective Survey (Ehrman & Oxford, 1991). Seramai 457 orang pelajar Tingkatan empat yang dipilih secara rawak daripada 13 buah sekolah menengah agama di Terengganu terlibat dengan kajian ini. Ujian statistik Pearson digunakan bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis berkaitan. Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi positif yang tinggi di antara SPB secara keseluruhan dengan Motivasi Pembelajaran Bahasa secara keseluruhan. Korelasi bermagnitud positif yang signifikan di antara penggunaan kategori SPB dengan kategori Motivasi Pembelajaran Bahasa turut dapat dikesan. Pelajar yang bermotivasi tinggi lebih kerap dan banyak menggunakan SPB berbanding pelajar yang bermotivasi rendah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: strategi pembelajaran bahasa, motivasi pembelajaran bahasa, bahasa Arab
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:12
Last Modified: 13 Sep 2022 05:12
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2882

Actions (login required)

View Item View Item