Hubungan Gender dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama di Terengganu

Kamarul Shukri, Mat Teh and Nik Mohd Rahimi, Nik Yusoff and Mohamed Amin, Embi and Zamri, Mahamod (2008) Hubungan Gender dengan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama di Terengganu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 5 (1). pp. 117-138. ISSN 1675-8110

[img] Text
FH02-FKI-18-16386.pdf
Restricted to Registered users only

Download (366kB)

Abstract

Beberapa kajian yang merentasi pelbagai budaya menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak dan kerap menggunakan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) berbanding pelajar lelaki (Ehrman & Oxford, 1989; Green & Oxford, 1995). Namun begitu, terdapat kajian menunjukkan tiada perbezaan signifi kan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam penggunaan SPB (Chang, 1990; Chou, 2002). Malah, ada juga kajian menyimpulkan bahawa kadangkala pelajar lelaki lebih banyak menggunakan sesetengah strategi tertentu (Oxford, 1994; Wharton, 2000).Perbezaan linguistik seperti ortografi juga dapat mempengaruhi penggunaan strategi (Douglas, 1992; Grabe, 1986). Justeru, kertas ini memerihalkan dapatan kajian tentang penggunaan SPB dalam pembelajaran bahasa Arab berdasarkan perbezaan gender. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik kendiri Strategi Pembelajaran Bahasa Arab (SPBA) yang diadaptasi daripada SILL (Oxford, 1990). Subjek kajian yang dipilih secara rawak adalah terdiri daripada 460 orang pelajar Tingkatan 4 di 13 buah sekolah menengah agama di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB secara keseluruhan berbanding pelajar lelaki semasa mempelajari bahasa Arab. Kajian ini juga menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap menggunakan strategi memori, afektif, dan metafi zik berbanding pelajar lelaki. Tiada perbezaan signifikan pada penggunaan strategi kognitif, metakognitif, tampungan, dan sosial.

Item Type: Article
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Syahmi Manaf
Date Deposited: 13 Sep 2022 05:05
Last Modified: 13 Sep 2022 05:05
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2738

Actions (login required)

View Item View Item