Kejayaan Pengurusan Industri Pelancongan Di Malaysia: Satu Konstruk Konseptual

Muhamad Rosli, Selamat and Ahmad Shukri, Yazid and Mohamed, Sulaiman (2013) Kejayaan Pengurusan Industri Pelancongan Di Malaysia: Satu Konstruk Konseptual. In: Terengganu International Tourism Conference 2013 (TITC2013), 23 - 25 August 2013, Permai Hotel, Kuala Terengganu.

[img] Text
FH03-FPPP-14-01486.pdf
Restricted to Registered users only

Download (84kB)

Abstract

Pertumbuhan industri pelancongan di Malaysia dalam tempoh dua dekad yang lepas, secara umumnya telah menunjukkan kejayaan berdasarkan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan negara melalui aktiviti pelancongan. Kertas kerja ini cuba mengemukakan konstruk konseptual mengenai petunjuk yang menyumbang kepada kejayaan pertumbuhan tersebut dengan memerhatikan penggunaan dan aplikasi strategi samudera biru dalam industri pelancongan di Malaysia. Kim dan Mauborgne (2004a) memperkenalkan konsep strategi samudera biru (blue ocean strategy) berdasarkan lima perspektif, iaitu mencipta ruang pasaran yang tidak ditandingi, menjadikan persaingan tidak relevan, mencipta dan mendapatkan permintaan baru, mengurangkan kos pengganti, dan menjajarkan seluruh sistem aktiviti organisasi. Dalam konteks industri pelancongan di Malaysia, aplikasi strategi samudera biru belum lagi dikaji secara empirikal. Oleh itu, konstruk konseptual sewajarnya dibangunkan sebagai terma rujukan awal bagi kajian terhadap pengurusan industri pelancongan di Malaysia, sama ada secara kualitatif ataupun kuantitatif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 20 Oct 2020 06:39
Last Modified: 24 Nov 2020 07:04
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/257

Actions (login required)

View Item View Item