Analisis Penerokaan Faktor Instrumen Teacher Sense Of Efficacy Scale Bagi Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas

Mohd Sani, Ismail and Najihah, Abd Wahid and Nor Asmawati, Ismail and Noradilah, Abdul Wahab (2019) Analisis Penerokaan Faktor Instrumen Teacher Sense Of Efficacy Scale Bagi Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas. In: Seminar Kaunseling Islam 2019 (Peringkat Antarabangsa), 22-23 November 2019, DABS UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-32260.pdf
Restricted to Registered users only

Download (412kB)
[img] Text
FH03-FKI-19-32262.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan membuat semakan terhadap pemboleh ubah Efikasi Kendiri bagi Guru Pendidikan Islam yang mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Seramai 100 orang Guru Pendidikan Islam yang terlibat sebagai responden kajian. Pemboleh ubah yang dikaji dalam kajian ini berdasarkan instrumen Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) oleh Tschannen-Moran & Woolfolk-Hoy (2001). Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan Analisis Penerokaan Faktor dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.960 iaitu melebihi 0.60. Keputusan daripada Analisis Penerokaan Faktor menunjukkan nilai jumlah varians yang diterangkan (Total Variance Explained) oleh tiga komponen efikasi kendiri adalah 82.985%. Nilai Kaiser-Meyer-Okin (KMO) adalah 0.908 > 0.6, manakala nilai Ujian Bartlett adalah signifikan p<0.05. Ini menunjukkan item-item dalam pemboleh ubah efikasi kendiri mencukupi untuk inter-korelasi. Oleh itu, dapatan menunjukkan item-item bagi instrumen TSES dapat mengukur tahap efikasi kendiri bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam kepada murid-murid Pendidikan Khas.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Efikasi Kendiri, Analisis Penerokaan Faktor
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Jan 2021 04:36
Last Modified: 26 Jan 2021 04:36
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2510

Actions (login required)

View Item View Item