Tahap Kepuasan Perkhidmatan Kaunseling di Unisza Mengikut Pandangan Pelajar

Muhammad Hasbullah Hakim, Mohd Noor and Amirul Fikri, Hamzah and Muhammadyazid, Mat Johari and Mohd Sani, Ismail (2019) Tahap Kepuasan Perkhidmatan Kaunseling di Unisza Mengikut Pandangan Pelajar. In: Seminar Kaunseling Islam 2019 (Peringkat Antarabangsa), 22-23 November 2019, DABS UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-32696.pdf
Restricted to Registered users only

Download (214kB)
[img] Text
FH03-FKI-19-32697.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Terdapat beberapa kajian dan bukti menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling di universiti memainkan peranan yang penting dalam pembinaan kendiri yang seimbang kepada pelajar. Justeru kajian ini dijalankan bagi menilai sejauh mana kepuasan perkhidmatan kaunseling yang dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengikut pandangan pelajar UniSZA itu sendiri. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan protokol temu bual. Sejumlah 30 orang pelajar ijazah sarjana muda terlibat sebagai informan kajian ini yang mana terdiri daripada 15 orang mahasiswa dan 15 orang mahasiswi. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (Statistical Package For Social Science) yang juga dikenali dengan SPSS. Dapatan data ini menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling yang dijalankan di UniSZA mencapai tahap yang sangat memberangsangkan dan juga memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar mengatasi masalah dan untuk kesejahteraan mental jangka masa panjang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Jan 2021 03:04
Last Modified: 26 Jan 2021 03:04
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2495

Actions (login required)

View Item View Item