Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah (Komunikasi) Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin

Norfatin Nazatul Amani, Mohamad Ruzman and Siti Azeera, Nordin and Mohd Sani, Ismail and Zamri, Chik (2019) Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah (Komunikasi) Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin. In: Seminar Kaunseling Islam 2019 (Peringkat Antarabangsa), 22-23 November 2019, DABS UniSZA.

[img] Text
FH03-FKI-19-32698.pdf
Restricted to Registered users only

Download (211kB)
[img] Text
FH03-FKI-19-32699.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubungan dengan ini, kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dari segi komunikasi dalam kalangan mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI) tahun akhir di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sampel kajian terdiri daripada 30 orang mahasiswa Ijazah Sarjana Muda tahun akhir dari bidang Usuluddin dengan Kaunseling, Usuluddin dan Syariah. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan di mana untuk menjawab setiap persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumat diri dan item elemen kemahiran insaniah. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan adalah 3.70. Untuk melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan jantina, Ujian-t tidak bersandar digunakan dan hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran insaniah (komunikasi) bagi mahasiswa lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pengkhususan program dan hubungan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pencapaian akademik. Secara keseluruhannya, tahap kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI) tahun akhir adalah sederhana berdasarkan persepsi dan ini telah membuktikan setiap pelajar menitikberatkan kemahiran insaniah agar mereka dapat bersaing di pasaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Mahasiswa, Universiti Sultan Zainal Abidin, Tahap Penguasaan, Kemahiran Insaniah, Komunikasi Interpersonal.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 26 Jan 2021 02:40
Last Modified: 26 Jan 2021 02:40
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2493

Actions (login required)

View Item View Item