Mohd Sani, Ismail and Sofia, Sukri and Manarina, Mazlan and Nur Adlin, Mohd Zeini (2019) Pengalaman Menjalani Sesi Kaunseling Dalam Kalangan Pelajar Ponteng Sekolah MEnengah Kompleks Gong Badak Kuala Terengganu. In: Seminar Kaunseling Islam 2019 (Peringkat Antarabangsa), 22-23 November 2019, DABS UniSZA.
Text
FH03-FKI-19-32702.pdf Restricted to Registered users only Download (214kB) |
|
Text
FH03-FKI-19-32703.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan ke atas para pelajar pada peringkat sekolah menengah di Kuala Terengganu bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dengan masalah ponteng dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu. Hal ini adalah untuk menerangkan kesan sesi kaunseling terhadap pelajar ponteng dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. Seterusnya, untuk mengenal pasti adakah sesi kaunseling dapat membantu dalam pembentukan tingkah laku, emosi, dan psikologi pelajarpelajar yang terlibat dengan ponteng. Masalah disiplin pelajar sekolah sering diperkatakan pada masa sekarang, dan meningkat saban tahun. Masalah disiplin juga termasuklah masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh yang demikian, kaunseling merupakan satu proses menolong individu untuk mendapat celik akal dan membantu memperkembangkan potensi diri seseorang. Ini kerana, sesi kaunseling merupakan salah satu cara ataupun kaedah untuk melihat pengalaman, perubahan tingkah laku serta emosi pelajar sebelum dan selepas melalui sesi kaunseling. Kajian ini perlu dilakukan untuk melihat pengalaman sesi kaunseling dalam kalangan pelajar ponteng. Disebabkan itu, ianya penting untuk pihak sekolah , guru-guru, dan ibu bapa kerana dengan kajian ini pihak yang berkenaan boleh melihat apa yang sebenarnya berlaku dalam diri pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng. Dapatan kajian ini sedikit sebanyak dapat menerangkan faktor-faktor pelajar terlibat dengan ponteng dan juga menunjukkan tentang pentingnya sesi kaunseling terhadap pelajar ponteng kerana ia dapat membantu para pelajar dari terjebak dengan gejala ponteng dan juga memperkembangkan potensi diri sendiri ke arah yang lebih cemerlang.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kaunseling, Ponteng, SMK Gong Badak, Pengalaman |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Faculty of Islamic Contemporary Studies |
Depositing User: | Muhammad Akmal Azhar |
Date Deposited: | 26 Jan 2021 02:24 |
Last Modified: | 26 Jan 2021 02:24 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2490 |
Actions (login required)
View Item |