Keberkesanan program skim latihan graduan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah

Siti Hajar, Abdul Rauf (2012) Keberkesanan program skim latihan graduan bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari nKeluaran 5, Julai 2012. pp. 3-12. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-14-00623.pdf
Restricted to Registered users only

Download (119kB)

Abstract

Pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan salah satu isu yang sering dibincangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Penubuhan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh kerajaan dan penyertaan pihak swasta dalam sektor pendidikan memberi impak ke atas pembangunan dan perubahan negara. Perkembangan yang berlaku menyebabkan jumlah tenaga kerja negara meningkat dalam pasaran pekerjaan sehingga menyebabkan berlakunya pengangguran dalam kalangan graduan. Oleh itu, kajian telah dilakukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan Program Skim Latihan Graduan (SLG) kepada para graduan bagi memperbaiki kemahiran dan peluang mereka dalam mendapatkan pekerjaan serta membantu melengkapkan para graduan yang masih menganggur dengan kemahiran khusus mengikut perspektif majikan terhadap pelatih SLG. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Sebanyak 100 set borang soal selidik telah diedarkan kepada sampel kajian di seluruh negeri Terengganu. Di samping itu, temu bual secara mendalam juga dilakukan terhadap enam orang informan yang terdiri daripada majikan di tempat pelatih menjalani latihan. Analisis yang dilakukan mendapati terdapat hubungan yang sangat rendah antara pendidikan dengan kesesuaian jawatan yang disandang setelah tamat menjalani program SLG yang diikuti iaitu (r =.306, p >.05). Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang sangat kuat diperolehi antara kemahiran yang diperolehi dengan keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan setelah tamat menjalani latihan iaitu (R = .911), dan menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar iaitu kemahiran mempunyai pengaruh dan penentu kepada seseorang pelatih untuk diterima bekerja. Pada masa yang sama, hasil temu bual juga menunjukkan bahawa jaringan/hubungan dengan pihak industri, keupayaan pelatih bekerja secara individu atau berkumpulan pada suatu masa tertentu, berupaya melakukan suatu kerja dalam masa yang ditetapkan, berpengalaman dan berkemahiran atau mempunyai kemahiran interpersonal yang tersendiri merupakan nilai tambah untuk diterima bekerja.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Skim Latihan Graduan (SLG); pengangguran; graduan; majikan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Mrs Norhidayah Razak
Date Deposited: 19 Jan 2021 03:56
Last Modified: 21 Aug 2021 08:41
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2474

Actions (login required)

View Item View Item