Imran, Abdullah (2013) Pengurusan Harta Intelek Reka Bentuk Perindustrian Melalui Perbandingan Organisasi Berinovasi Di Malaysia. In: Persidangan Keusahawanan Teknologi Kreatif 2013, Anugerah Raja Zarith Sofiah 2013, 01 January 1970, Johor Bharu.
Text
FH03-FSTK-06-01534.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Harta intelek merupakan satu pelaburan baru dalam mana-mana industri pembuatan produk berinovasi yang mempunyai nilai komersial tinggi. Penciplakan idea atau sistem sesuatu produk yang tidak berharta intelek akan merugikan kerana produk yang ditiru oleh sesebuah industri boleh dikeluarkan tanpa sekatan dan perlindungan. Fokus kajian ini bertujuan untuk melaksanakan pengurusan kegiatan Harta Intelek, dalam harta industri secara bersepadu melalui agen penggerak seperti akademik, pengeluar dan pengguna produk inovasi. Melalui perbandingan terhadap organisasi-organisasi ini, penyelidik telah dapat mengenal pasti punca produk industri pembuatan (Reka Bentuk Perindustrian) yang berinovasi, kurang menjalani proses memperolehi harta intelek dalam bidang Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia. Melalui analisis kepentingan Harta Intelek (HI) ia dapat menghasilkan satu model teori mekanisme terancang dan berkesan bagi menggerakkan aktiviti secara menyeluruh, baik di peringkat perancangan, pelaksanaan mahupun penguatkuasaan. Kaedah triangulasi digunakan dalam kajian ini, walau bagaimanapun kaedah kualitatif diutamakan. Kajian literatur dan kajian kes merangkumi temu bual separa struktur dengan pihak pengurusan R&D (Penyelidikan dan Pembangunan), Pereka dan profesional yang terlibat dalam penghasilan produk inovasi. 80 orang responden terlibat dalam kajian ini iaitu 20 daripada pihak pengurusan tertinggi dan 60 orang dengan staf profesional. Kesemua dapatan yang diperolehi oleh penyelidik berbentuk subjektif dianalisa secara deskriptif dan taakulan stastistik melalui SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) dan Microsoft Excel. Keputusan dapatan sebenar membuktikan adanya potensi dalaman yang tidak dimanipulasi sepenuhnya. Peranan setiap organisasi kajian perlu disepadukan di samping sokongan luaran dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memantapkan perancangan strategik yang dicadangkan. Bagi kesahan cadangan model ini, ia diuji pula oleh 25 orang responden yang benar-benar berpengalaman dalam pengurusan produk inovasi ini. Teori model keduanya, telah mengesani titik temu item-item pengurusan yang bersifat implisit, mahupun eksplisit. Teoretikal ia telah mengetengahkan satu model konsep ke dua bagi penentu pemilihan pengurusan HI Reka Bentuk Perindustrian secara menyeluruh yang kemudiannya dijadikan instrumen untuk meneliti pengurusan menentukan tindakan. Praktikalnya pula dapatan kajian juga menunjukkan penjana semula ilmu melalui pengurusan ini, yang akan memberi impak yang besar kepada organisasi-organisasi kajian, menghasilkan Pengurusan Harta Intelek Reka Bentuk Perindustrian secara efektif dan efisyen.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce T Technology > TS Manufactures |
Divisions: | Faculty of Innovative Design & Technology |
Depositing User: | Rosnorzaini Rusli |
Date Deposited: | 20 Oct 2020 04:30 |
Last Modified: | 20 Oct 2020 04:30 |
URI: | http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/244 |
Actions (login required)
View Item |