Sumbangan Kitab Risalah Fi Bayani Hukmi Al-Bai?I Wan Al-Riba Karangan Shaykh Abdul Qadir Bin Abdul Rahim Bukit Bayas terhadap Koleksi Fiqh Melayu

Hasanulddin, Mohd (2011) Sumbangan Kitab Risalah Fi Bayani Hukmi Al-Bai?I Wan Al-Riba Karangan Shaykh Abdul Qadir Bin Abdul Rahim Bukit Bayas terhadap Koleksi Fiqh Melayu. Jurnal Islam dan masyarakat kontemporari. 03-12. ISSN 1985-7667

[img] Text
FH02-FKI-14-00510.pdf
Restricted to Registered users only

Download (100kB)

Abstract

Kitab Risalah Fi Bayani Hukmi al-Bai’i wa al-Riba ialah sebuah kitab fiqh yang jarang dikenali masyarakat. Ia dikarang oleh Shaykh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, mufti kerajaan Negeri Terengganu yang pertama. Justeru, ia merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian dalam membicarakan fiqh al-mu’amalat, khasnya dalam bab jual beli, riba, dan mudharabah. Kajian akan cuba mengenengahkan biodata ringkas pengarang, bagaimana karya ini dijejaki, di samping membahaskan isi kandungan dan beberapa analisis daripada kitab beliau. Data dikumpul daripada tinjauan perpustakaan, soal selidik dan tembual dan kemudiannya dianalisis menggunakan metode analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa karya ini merupakan salah sebuah kitab yang berperanan dalam menyebarkan fiqh al-mu’amalat menurut acuan tempatan. Banyak pemikiran pengarang yang bersifat kritis dan analitis telah dijelaskan di dalamnya. Pun begitu, beliau bersikap terbuka kepada pandanganpandangan lain, serta dilihat mampu menggabungkan teori-teori dan hukum-hukum fiqh dengan unsur-unsur tasawuf dan akhlak. Justeru, kitab beliau ini seharusnya mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat, sekalipun terdapat beberapa kritikan yang munasabah. Kesimpulannya, kajian terhadap kitab-kitab ulama tempatan seharusnya dirancakkan, terutamanya dalam bidang fiqh al-mu’amalat agar masyarakat kini dapat mengambil manfaat daripadanya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: Risalah Fi Bayani Hukmi al-Bai’i wa al-Riba, Shaykh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, fiqh al mu’amalat.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Mrs Norhidayah Razak
Date Deposited: 15 Dec 2020 03:36
Last Modified: 15 Aug 2021 03:31
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2169

Actions (login required)

View Item View Item