Pengambilan tanah bagi pembangunan ekonomi: isu dan penyelesaian

Noor Ashikin, Hamid (2011) Pengambilan tanah bagi pembangunan ekonomi: isu dan penyelesaian. Jurnal Undang-undang & Masyarakat, 15 (1). pp. 135-148.

[img] Text
FH02-FUHA-16-05461.pdf
Restricted to Registered users only

Download (338kB)

Abstract

Perubahan dan kepesatan ekonomi telah menimbulkan banyak peluang-peluang perniagaan yang baru. Kesan dari kepesatan tersebut, banyak tanah-tanah milik individu diambil bagi tujuan pembangunan ekonomi seperti mendirikan kompleks perniagaan, stadium, stesyen janakuasa dan juga lebuhraya. Akta Pengambilan Tanah 1960 adalah merupakan satu set undang-undang yang digubal khas untuk mengambil balik tanah milik individu bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Namun begitu peruntukan Akta yang longgar menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat di mana ianya dikatakan hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak sahaja dan bukannya untuk menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Isu kelemahan sistem pentadbiran, isu pampasan, isu tanah tidak digunakan atau ditarik balik, isu pengambilan tanah adat serta rezab Melayu, dan isu penukaran hak milik secara frod adalah antara punca ketidakpuasan hati rakyat. Artikel ini dibuat bagi menganalisa isu-isu tersebut dan seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai bagi menjamin kepentingan semua pihak yang terlibat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pengambilan tanah, pembangunan ekonomi, Akta Pengambilan Tanah 1960
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: Faculty of Law & International Relations
Depositing User: Mrs Norhidayah Razak
Date Deposited: 13 Dec 2020 01:41
Last Modified: 15 Aug 2021 02:41
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2113

Actions (login required)

View Item View Item