Pemanfaatan ayat al-Qur’an serta sebab penurunannya (Sabab al-Nuzul) dalam Novel ‘Perang Uhud’ karya Abdul Latip Talib

Mohd Shahrizal, Nasir (2011) Pemanfaatan ayat al-Qur’an serta sebab penurunannya (Sabab al-Nuzul) dalam Novel ‘Perang Uhud’ karya Abdul Latip Talib. Jurnal pengajian Melayu, 22 (1). pp. 185-204. ISSN 1823-7622

[img] Text
FH02-FBK-17-07841.pdf
Restricted to Registered users only

Download (315kB)

Abstract

Makalah ini membincangkan sebuah novel popular berkaitan sejarah Islam yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pembaca khususnya golongan remaja. Kisah Perang Uhud telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan mempunyai pengajaran yang berguna untuk umat Islam. Dengan bertolak daripada pegangan peri pentingnya pemanfaatan ayat al-Quran dalam karya kreatif dilakukan menurut tatatertib tertentu demi mengelak mempersendakan kehadirannya sebagai wahyu, makalah ini merungkai novel Perang Uhudkarya Abdul Latip Talib. Analisis bertolak daripada sebab penurunan (sabab al-nuzul) ayat tersebut kepada Rasulullah SAW, dengan memfokuskan kepada beberapa kutipan ayat al-Quran yang terdapat dalam novel berkenaan. Analisis akan tertumpu kepada kewajaran kutipan ayat al-Quran tersebut dalam cerita yang dikisahkan, ketepatan maksudnya, serta sejauh mana kesantunan tatatertib pemanfaatan dan peminjaman daripada al-Quran telah dihormati. Ternyata dalam novel tersebut, ayat al-Quran diletakkan pada akhir episod tertentu sebagai pengukuhan cerita. Berbekalkan beberapa buah kitab tafsir sebagai rujukan, adalah dihujahkan pemanfaatan seperti ini mengundang penelitian yang lebih lanjut lagi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: The Quran, Cause of revelation, Courtesy of usage,Creative work, Popular novel.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Faculty of Languages & Communication
Depositing User: Mrs Norhidayah Razak
Date Deposited: 06 Dec 2020 03:40
Last Modified: 15 Aug 2021 02:39
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2104

Actions (login required)

View Item View Item