Keberkesanan modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks bahasa arab (MPK SPMBA) untuk pelajar pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi

Nooraihan, Ali and Mohd. Hilmi, Abdullah and Asyraf, Ab Rahman (2019) Keberkesanan modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks bahasa arab (MPK SPMBA) untuk pelajar pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi. In: International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 23-24 Nov 2019, Kuala Terengganu.

[img] Text
FH03-FKI-19-34042.pdf
Restricted to Registered users only

Download (561kB)

Abstract

Kemahiran membaca bahasa Arab merupakan kemahiran bahasa yang paling dominan dalam usaha untuk memperoleh dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan bidang pengajian Islam. Oleh itu para pelajar bidang pengajian Islam perlu lebih berketerampilan untuk membaca bahan-bahan pengajian mereka dalam bahasa Arab. Penggunaan strategi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemahiran membaca dan kecemerlangan pelajar dalam bidang pengajian mereka. Namun, banyak kajian menunjukkan bahawa penggunaan strategi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar pengajian Islam berada pada tahap yang mengecewakan. Hal ini menyebabkan kurangnya penguasaan kemahiran membaca bahasa Arab dalam kalangan pelajar, walaupun mereka telah lama mempelajari bahasa tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan sebuah modul pengajaran strategi pemahaman membaca bahasa Arab yang dihasilkan bagi membantu penguasaan kemahiran membaca Arab dengan lebih efektif. Modul tersebut dinamakan sebagai Modul Pembelajaran Kendiri Strategi Pemahaman Membaca Bahasa Arab (MPK SPMBA). Modul ini telah direka dan dibina untuk membantu pembaca meningkatkan kadar kecepatan membaca dan ketepatan memahami bahan bacaan bahasa Arab. MPK SPMBA dibina khas untuk pelajar, pengajar atau pembaca yang mempunyai asas bahasa Arab seperti pengetahuan asas nahw, sarf dan balaghah. Ianya dilengkapi dengan pengajaran strategi membaca yang diadaptasi daripada strategi membaca SQ3R (survey, question, read, recite dan review). Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah modul yang dikenali dengan MPK SPMBA dan ujian pencapaian yang terdiri daripada dua set soalan ujian pemahaman teks iaitu ujian pra dan ujian pasca, dan satu set soalan soal selidik penggunaan strategi membaca yang diuji sebelum ujian pra dan selepas ujian pasca pemahaman teks. Data dianalisis menggunakan ujian t bagi menunjukkan perbezaan antara pembolehubah kajian menggunakan program SPSS versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan MPK SPMBA memberi kesan positif kepada peningkatan ketepatan pemahaman dan kecepatan membaca teks bahasa Arab dalam kalangan peserta kajian. Kajian ini juga menunjukan MPK SPMBA diaplikasikan sebagai alat bantu mengajar secara terarah kendiri dalam meningkatkan kebolehan pelajar pengajian Islam memahami bacaan teks bahasa Arab dengan lebih tepat dan pantas. Penggunaan modul pembelajaran kendiri ini adalah relevan dengan tuntutan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang ingin “memastikan setiap murid Islam berpeluang mengikuti Pendidikan Islam dan bahasa Arab yang berkualiti" (KPM, 2012).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 03 Dec 2020 04:01
Last Modified: 03 Dec 2020 04:01
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2091

Actions (login required)

View Item View Item