Fungsi Sari Kata Drama Arab Sebagai Agen Pemerolehan Bahasa Bagi Pelajar-Pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Unisza

Normila, Noruddin@Che Ahmad and Noor Eliza, Abdul Rahman and Nooraihan, Ali and Zulazhan, Ab. Halim and Abdul Hakim, Abdullah (2019) Fungsi Sari Kata Drama Arab Sebagai Agen Pemerolehan Bahasa Bagi Pelajar-Pelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Unisza. In: Persidangan Bahasa Arab Asia Tenggara, 11-12 September 2019, Unisza Kampus Gong Badak.

[img] Text
FH03-FKI-19-33308.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penterjemahan dianggap salah satu strategi dalam pembelajaran bahasa asing. Sari kata merupakan satu bentuk penterjemahan yang melibatkan bahan audiovisual seperti TV, video, CD dan DVD. Tahap penguasaan kosa kata yang agak rendah dalam kalangan pelajar-pelajar universiti mendorong kepada penerokaan strategi pembelajaran bahasa Arab yang lebih efektif. Kajian ini menumpukan kepada fungsi atau peranan sari kata dalam meningkatkan penguasaan kosa kata dan klausa Arab dalam kalangan pelajarpelajar Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan ujian pemerolehan bahasa Arab untuk mendapatkan data. Bahan kajian ini ialah sari kata empat episod drama animasi dalam bahasa Arab yang bertajuk هللا كليم موسى .Responden kajian diambil secara bertujuan yang melibatkan 23 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA yang mengambil kursus alTarjamah, iaitu kursus Terjemahan Arab-Melayu-Arab. Ujian terjemahan kosa kata dan klausa dilakukan dalam dua sesi, iaitu sebelum dan selepas tayangan video. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan kosa kata pelajar selepas tayangan video dilakukan. Dalam ujian kosa kata, seramai 30% pelajar berjaya mencapai tahap markah melebihi 50%. Tahap markah yang sama juga dicapai oleh seramai 78% pelajar dalam ujian klausa. Manakala pelajar yang selebihnya turut menunjukkan peningkatan dalam kadar yang sederhana dan peratus penurunan markah selepas tontonan video adalah sifar. Peningkatan markah ujian ini menunjukkan berlaku peningkatan kosa kata dan pemerolehan bahasa dalam kalangan pelajar melalui strategi penterjemahan dalam bentuk sari kata.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: strategi penterjemahan, sari kata, terjemahan Melayu- Arab, pemerolehan bahasa,
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: Faculty of Islamic Contemporary Studies
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 03 Dec 2020 03:33
Last Modified: 03 Dec 2020 03:33
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2086

Actions (login required)

View Item View Item