Maqasid Al- Quran dan pemusafiran : tinjauan terhadap surah Al-Kahf

Hanis Farhana, Md.Wahid and Ainnur Syafikah, Sabran and Nurin Suhaila, Othman and Nurul Zahirah, Zahid and Nur Amirah, Mohd Adenan and Wan Mohd Yusuf, Wan Chik (2019) Maqasid Al- Quran dan pemusafiran : tinjauan terhadap surah Al-Kahf. In: The International Conference on Islamic Civilization and Technology Management, 23-24 Nov 2019, Kuala Terengganu.

[img] Text
FH03-INSPIRE-19-35589.pdf
Restricted to Registered users only

Download (638kB)

Abstract

Pengenalan: Al-Quran banyak sekali menceritakan kisah perjalanan para nabi dan pengikutnya untuk pelbagai tujuan. Hal ini menggambarkan bahawa pemusafiran adalah merupakan suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan manusia. Antara kisah pemusafiran dalam al-Quran adalah kisah nabi Musa dan seorang pemuda yang bermusafir untuk menemui seorang hamba yang soleh. Kisah ini wajar digali pengajaran dan hikmahnya kerana pemusafiran merupakan suatu tuntutan kehidupan mengikut pada peredaran zaman. Objektif: Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan konsep, matlamat(maqasid) dan pengajaran di sebalik pemusafiran Nabi Musa dalam surah Al-Kahf. Metodologi: Bagi merealisasikan kajian berbentuk kualitatif ini, bahan-bahan kepustakaan akan dikumpulkan dan kemudiannya dianalisis secara deduktif dan induktif. Kajian ini melibatkan kitab-kitab tafsir, kisah al-Quran dan jurnal yang berkaitan.Dapatan: Kajian mendapati bahawa kisah ini menggariskan tentang objektif, adab dan pengajaran yang perlu diadaptasi oleh seseorang musafir. Sehubungan dengan itu, kisah ini menjadikan kembara ilmu dan tarbiyah sebagai salah satu matlamat dalam musafir. Ia juga menyelitkan tentang adab dan nilai seperti bersabar, taat, istiqamah dan tawakkal sebagai bekalan setiap orang musafir. Maka dengan itu, daripada kisah ini boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada masyarakat terutama kepada pemusafir. Kesimpulan: Tujuan orang yang bermusafir sama ada untuk belajar, melancong, bekerja dan sebagainya seharusnya menghayati obketif, nilai dan ibrah sesebuah pemusafiran bagi menjamin kemaslahatan serta sejajar dengan kehendak syarak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Nabi Musa dan Nabi Khidir, Surah Al-Kahf, ilmu pengetahuan, pemusafiran, pengajaran.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Muhammad Akmal Azhar
Date Deposited: 03 Dec 2020 02:36
Last Modified: 03 Dec 2020 02:36
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2079

Actions (login required)

View Item View Item