Skim pampasan mangsa kecederaan jenayah: satu kajian kes di Malaysia

Mohd Sadad, Mahmud (2011) Skim pampasan mangsa kecederaan jenayah: satu kajian kes di Malaysia. Jurnal undang-undang Malaysia, 2 (23). pp. 247-266. ISSN 0128-2670

[img] Text
FH02-FPP-20-45542.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pampasan kepada mangsa kecederaan jenayah merupakan skim yang telah dilaksanakan di negara Barat dalam usaha menangani dan melindungi masyarakat daripada perbuatan jenayah. Malangnya Malaysia masih lagi terkebelakang dalam usaha untuk membela dan melindungi mangsa kecederaan jenayah. Apabila berlakunya sesuatu kejadian jenayah, masyarakat dan kerajaan akan mengambil langkah segera untuk membantu mangsa jenayah, namun, tindakan tersebut bersifat adhoc. Makalah ini akan melihat semula undang-undang yang sedia ada berkaitan dengan pampasan mangsa kecederaan jenayah. Tumpuan juga diberikan kepada kerajaan Malaysia tentang keperluan mengambil tanggungjawab melaksanakan skim pampasan ini melalui saluran yang sedia ada. Kaedah insurans Islam, iaitu takaful diguna pakai sebagai platform dan cadangan yang penting dalam memberikan pampasan kepada mangsa kecederaan jenayah, selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: skim pampasan, kecederaan jenayah, takaful
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Faculty of Business and Management
Depositing User: Mrs Norhidayah Razak
Date Deposited: 30 Nov 2020 06:59
Last Modified: 15 Aug 2021 02:13
URI: http://eprints.unisza.edu.my/id/eprint/2049

Actions (login required)

View Item View Item